Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman

January 27, 2023 · Isu semasa

Rayuan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 yang dijatuhkan terhadapnya bagi kesalahan menggunakan dokumen palsu, akan didengar 15 Mac ini di hadapan hakim Mahkamah Tinggi baharu.

Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah berkata hakim baharu itu ialah Datuk Ahmad Bache, yang akan menggantikan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan. Hakim Ahmad merupakan hakim yang mengendalikan kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi di sini, lapor Bernama.

“Tarikh baharu pendengaran rayuan itu ditetapkan oleh jurubahasa mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas memperoleh tarikh itu di Mahkamah Tinggi hari ini. Turut hadir Peter dan peguamnya, S. Devanandan.

Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk mendengar rayuan Peter di hadapan Hakim Sequerah.

Pada Jun tahun lepas, Peter, 51, memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 26 Mei 2022 selepas mendapati dia bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.

Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagaimanapun, presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu telah membayar denda berkenaan.

Berita berkaitan
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023· Politik
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok