Hakim arah Najib balik ke mahkamah selepas menghadap Agong

August 19, 2021 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak diarah balik ke mahkamah pada 2.30 petang selepas selesai menghadap di Istana Negara bagi meneruskan prosiding perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang berjalan.

Peguam Najib, Rahmat Hazlan terdahulu memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa anak guamnya, bersama-sama dengan 114 Ahli Parlimen Barisan Nasional dijadualkan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyuarakan sokongan kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk jawatan perdana menteri.

“Kami tidak pasti pukul berapa anak guam saya dijadualkan menghadap Agong, tetapi beliau bertolak dari Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada pukul 10.30 pagi. Saya diberitahu bahawa beliau kini sedang dalam mesyuarat di sana dan akan dipanggil menghadap pada bila-bila masa kerana sesi temuduga itu berlangsung seorang demi seorang,” kata Rahmat lapor Bernama.

Setelah mendengar penjelasan itu, hakim Sequerah yang kelihatan agak marah apabila mendapat tahu mengenai ketidakhadiran Najib menegaskan agar perbicaraan kes itu tetap diteruskan.

“Beliau (Najib) sepatutnya hadir ke sini terlebih dahulu. Mengikut laporan berita yang saya baca, pertemuan dengan Agong itu akan berlangsung secara berperingkat-peringkat.

“Prosiding sedang berjalan. Saya akan kembali dalam tempoh 10 minit dan saya ingin tahu secara tepat pukul berapa beliau akan menghadap Agong. Setelah selesai, beliau perlu kembali ke sini agar prosiding dapat diteruskan. Saya mungkin tidak akan berhenti (perbicaraan) pada pukul 4 petang hari ini, ” kata hakim Sequerah.

Setelah berehat seketika, Rahmat sekali lagi memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mengemas kini mengenai keberadaan Najib setelah memperoleh maklumat terkini daripada pegawai-pegawai bekas perdana menteri itu.

Sebagai respons kepada perkara itu, hakim Sequerah menegur bahawa Najib perlu memberikan komitmen hadir pada waktu tertentu kerana prosiding perlu diteruskan pada pukul 2.30 petang.

“Tolong beritahu saya kerana saya tetap akan meneruskan perbicaraan, tidak kira apa yang terjadi. Maka bersedia untuk perbicaraan yang panjang, kerana kita telah membazikan banyak (masa).

“Kita semua mempunyai tugas untuk dilaksanakan, jika Agong titah beliau untuk menghadap, dan beliau perlu berada di sana, namun daripada apa yang saya fahami, beliau tidak perlu berada di sana sepanjang hari. Saya memerlukan penjelasan pukul berapa beliau dapat hadir, tempoh beliau perlu berada di sana (di Istana) dan ditemu memberikan pandangannya kepada Baginda dan kembali ke sini (untuk perbicaraan),” kata hakim.

Terdahulu, semua 114 Ahli-ahli Parlimen (MP) dijemput menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi mengesahkan pendirian berhubung Surat Akuan (SD) yang diarah dihantar semalam selepas berakhir tempoh diberikan.

Jemputan tersebut dihantar kepada MP daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu, UMNO, MCA, MIC, PAS, dan beberapa parti lain dan MP bebas.

Berita berkaitan
Menjelang perbicaraan terakhir esok, Najib istiqamah dengan keputusan bakal dihadapi
3 jam lalu· Politik
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
8 jam lalu· Isu semasa
Tindakan Najib, Arul pinda laporan audit 1MDB adalah perbuatan jenayah, kata saksi
August 12, 2022· Isu semasa
Peguam Najib tak sihat, rayuan dapatkan dokumen bank AS dan Zeti ditangguh
August 11, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
15 minit lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
2 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
2 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
2 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok