Habis licin RM1.03 juta disapu ‘pegawai LHDN’

September 22, 2021 · Isu semasa

Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM1 juta setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Johor, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata anggota Macau Scam menghubungi wanita berusia 69 tahun itu dan mendakwa dia terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram awal bulan ini.

“Mangsa (1) perempuan warga tempatan yang berumur 69 tahun telah menerima panggilan daripada (1) lelaki yang menyamar sebagai pegawai LHDN memaklumkan bahawa mangsa telah terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram pada awal bulan September 2021.

“Panggilan yang dibuat kemudiannya telah disambungkan kepada Mr Yong yang juga menyamar sebagai pegawai polis. Mangsa berasa takut dan mengikut arahan suspek untuk membuka akaun KSBC atas nama mangsa dan memberikan no siri kad ATM dan no pin akaun HSBC mangsa kepada suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ayob berkata antara 3 September hingga 17 September lalu mangsa telah membuat pemindahan wang dari akaun OCBC, RHB, CIMB, Ambank dan Publik Bank ke akaun HSBC dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,032,513.65.

“Mangsa juga telah menyerahkan semua TAC No (nombor kebenaran transaksi) yang diterima kepada suspek,” katanya.

Menurutnya, semalam mangsa membuat semakan akaun HSBC dan mendapati simpanannya telah berkurangan sebanyak RM1,032,513.65, sebelum menyedari ditipu dan kemudian membuat laporan polis.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan serta denda.

Ayob Khan pada masa sama menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka terhadap trend jenayah ketika ini terutama melibatkan transaksi pembelian barangan, pelaburan dan perkenalan dalam talian menerusi media sosial.

“Gunakan aplikasi semakan dalam talian yang diperkenalkan pihak berkuasa seperti ‘Semak Mule’ sebelum melakukan sesuatu transaksi kewangan,” katanya.

Berita berkaitan
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Paras sungai di Johor dan Terengganu lepas tahap bahaya
November 21, 2023· Isu semasa
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
Mahkamah benar Najib hadiri prosiding rayuan esok
July 10, 2023
MP PKR persoal mengapa Najib tak dihantar terus ke penjara
December 8, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok