Guru buat jenaka lucah tidak lagi mengajar, KPM tunggu siasatan polis

May 12, 2021 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menggantung tugas guru yang membuat jenaka lucah semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), pada masa sama masih menunggu siasatan polis selesai sebelum mengambil tindakan susulan.

Menurut satu kenyataan KPM hari ini memaklumkan bahawa laporan polis oleh pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA), Selangor terbabit mengenai perkara tersebut juga telah dibuat pada 24 April 2021.

“Memandangkan insiden tersebut dalam siasatan polis, KPM tidak mengeluarkan apaapa kenyataan sepanjang tempoh siasatan,” katanya.

Sementara menurut KPM lagi, pihaknya kini telah memindahkan guru berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sehingga siasatan tersebut selesai.

“Tindakan KPM seterusnya bergantung kepada hasil siasatan kes ini,”jelasnya.

Dalam pada itu menurut KPM dua tangkap layar komen pengetua di Facebook itu juga telah diteliti oleh mereka.

“KPM juga telah meneliti secara terperinci perkara yang tular mengenai komen yang dikatakan dibuat oleh pengetua SMKPA terhadap pelajar tersebut melalui aplikasi Facebook.

“KPM mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua berkenaan di Balai Polis Kuala Selangor yang menafikan
bahawa beliau telah memuat naik komen berkenaan dan mengesyaki akaun Facebook miliknya telah digodam,” katanya.

KPM berkata, pihaknya ingin menekankan bahawa Kementerian sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kebajikan murid serta seluruh warga sekolah dan KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Terdahulu, seorang remaja perempuan mendakwa seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika dalam kelas sehingga mencetuskan kemarahan di media sosial.

Ain Husniza Saiful Nizam, 17, berkata kata-kata yang tidak menyenangkan itu dibuat semasa pelajar membincangkan tentang gangguan seksual semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolahnya yang terletak di daerah Kuala Selangor.

Ain mendedahkan perkara itu dalam sebuah video di platform media sosial Tiktok, yang kemudiannya diciap di Twitter.

Menurutnya, pelajar-pelajar perempuan di dalam kelas itu terkejut mendengar lawak tersebut, manakala pelajar-pelajar lelaki di situ hanya ketawa.

Dia kemudian mendakwa bahawa guru tersebut memberitahu bahawa budak lelaki yang dirogol tidak melaporkan perbuatan itu sebab mereka rasa ‘sedap.’

Berita berkaitan
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Adakah wang pembayar cukai digunakan J-KOM untuk sunting video jahat? soal PAS
November 18, 2023· Politik
6,997 laman lucah disekat SKMM sejak Ogos 2023
October 30, 2023· Isu semasa
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Popular
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok