Guru agama, dua anak dikuatiri lemas kereta jatuh sungai

June 26, 2022 · Isu semasa

Seorang guru agama dan dua anaknya dikhuatiri lemas selepas kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil dekat Baling, semalam.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam mengakibatkan kereta dinaiki mangsa, Mashitoh Ibrahim, 37, bersama dua anaknya iaitu Mohd Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Mohd Ziyad Haziq, 5, dihanyutkan arus deras.

Guru agama tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Petani selepas menyertai gotong-royong di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong di Kuala Ketil.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata sebuah bot penyelamat dengan kekuatan lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mengesan mangsa dalam sungai dengan menggunakan teknik ‘grappling iron’.

“Setakat ini, kesemua mangsa masih belum ditemui dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JBPM Kedah Penolong Pesuruhjaya Bomba, Syufaat Kamaron berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang berhubung kejadian sebuah kereta terbabas ke dalam sungai.

“Keadaan sungai deras lebih kurang 100 meter lebar dengan ketinggian tebing dan kedalaman tiga meter. Beberapa bot penduduk kampung juga turut membantu pencarian dan mereka memaklumkan bahawa mereka melihat kejadian itu berlaku.

“Anggota penyelamat yang membuat pencarian di kawasan permukaan sungai masih belum dapat mengesan kedudukan kereta berkenaan. Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama dua bot aluminium dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling dan Tikam Batu telah digerakan ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata polis juga telah mengesahkan identiti kesemua mangsa yang terlibat dan suami kepada mangsa telah berada di lokasi kejadian.

Berita berkaitan
Laporan penuh banjir Baling dibentang pada 4 Ogos
July 30, 2022· Isu semasa
Banjir kilat sekali lagi melanda dua kampung di Baling
July 29, 2022· Isu semasa
Ahmad Bashah akui buat keputusan terima cadangan ladang Musang King
July 19, 2022· Isu semasa
Isu ladang durian, Sanusi minta Mukhriz-Ahmad Bashah berhenti tuduh menuduh
July 13, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
27 minit lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
27 minit lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
1 jam lalu · Isu semasa
Sukan Komanwel: Nur Dhabitah raih perak acara terjun
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok