Guna sijil vaksin palsu, tiga penjawat awam ditahan di Melaka

January 13, 2022 · Isu semasa

Polis menahan sepasang suami isteri yang juga penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan di Melaka kerana menggunakan sijil vaksinasi digital Covid-19 disyaki palsu menerusi aplikasi MySejahtera, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata selain pasangan berusia 38 dan 33 tahun itu, pihaknya turut menahan rakan sekerja lelaki mereka berusia 58 tahun yang disyaki orang tengah bagi menguruskan penjualan dan proses muat turun sijil tersebut, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah pada kira-kira 4 petang.

“Pada 30 Dis lepas, status vaksinasi lengkap dua dos pasangan suami isteri berkenaan diragui palsu oleh pengarah jabatan terlibat sebelum mengarahkan seorang pegawai tadbirnya di pejabat khidmat pengurusan menyemak ketulenan sijil tersebut.

“Pada keesokan hari, pegawai tadbir itu telah menghantar surat kepada Klinik Kesihatan (KK) Rembia untuk membuat semakan dan pengesahan status berkenaan sebelum menerima maklum balas daripada KK Rembia pada 5 Jan lepas mengatakan pasangan berkenaan tidak menerima vaksin daripada klinik itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pasangan tersebut mendapatkan sijil vaksinasi digital berstatus dua dos lengkap berkenaan daripada rakan sekerjanya itu pada harga RM500 seorang.

Katanya sijil berkenaan dibeli mereka kerana ia merupakan prasyarat untuk mendapatkan bantuan khas kewangan atau bonus penjawat awam selain mengelak dikenakan tindakan oleh jabatan kerana enggan divaksin serta memudahkan mereka memasuki premis perniagaan.

Arshad berkata semakan mendapati suami isteri itu pernah membuat laporan polis pada pertengahan tahun lepas kerana enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Beliau berkata siasatan ke atas lelaki yang merupakan orang tengah itu mendapati suspek memuat turun sijil vaksinasi dua dos lengkap itu daripada seorang lagi suspek digelar sebagai ‘VNilai’ dan masih bebas.

“Polis turut merampas telefon bimbit milik ketiga-tiga mereka dan kesemuanya direman hingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok