Guna kad pengenalan palsu, dua warga Filipinan dipenjara 6 bulan

January 25, 2022 · Isu semasa

Dua lelaki warga Filipina dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu.

Majistret A Hafiizh Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu ke atas Sulaiman Janalun, 36, dan Mizwan Zakaria, 26, yang bermula dari tarikh mereka ditangkap, pada Jumaat lepas, menurut laporan Bernama.

Kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan klinik Mediclinic Sinaran, Taman Sentosa, Sitiawan di sini, kira-kira 12.30 tengah hari, 21 Jan lepas.

Mereka ditahan dalam Ops Jala Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya di klinik berkenaan ketika ingin melakukan Rapid Test Kit (RTK) antigen dan PCR sebelum diterima bekerja di kilang di kawasan berhampiran.

Mengikut pertuduhan, Sulaiman didakwa tanpa kuasa yang sah menggunakan kad pengenalan palsu atas nama Mohamad Ridwan Bin Duraman sebagai pengenalan diri manakala Mizwan menggunakan kad pengenalan atas nama Al Adzmi Bin Seid.

Pertuduhan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan boleh dihukum di bawah Peraturan-Peraturan sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Zulkifli Idris manakala Sulaiman dan Mizwan tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Sulaiman merayu hukuman ringan atas alasan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak manakala Mizwan memohon maaf atas kesalahan dilakukan dan meminta supaya dibenarkan pulang ke negara asal secepat mungkin.

Zulkifli bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap mereka kerana kesalahan dilakukan amat berat, berkaitan kepentingan awam dan keselamatan negara selain untuk memberi pengajaran kepada orang ramai.

Mereka masing-masing datang dari Kuala Lumpur dan Johor Bharu untuk bekerja sebagai jurukimpal yang diuruskan ejen pekerjaan.

Semakan pihak berkuasa mendapati dua lelaki berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri dan mengaku membeli kad pengenalan palsu tersebut di Sabah dengan harga RM350 dan RM500.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok