Guna elektrik secara berhemah ketika cuaca panas, berjerebu: TNB

May 1, 2023 · Isu semasa

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan kepada semua pengguna untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah dalam situasi negara berhadapan peningkatan suhu panas dan jerebu susulan cuaca kering ketika ini.

TNB dalam kenyataan hari ini memaklumkan penggunaan elektrik mungkin meningkat akibat cuaca panas selain perayaan Aidilfitri, menurut laporan Bernama.

Oleh itu, TNB berkongsi amalan penjimatan elektrik yang mudah dilakukan di kediaman, umpamanya pengguna digalakkan mematikan penyaman udara, kipas dan lampu di dalam bilik yang kosong; tutup suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai menggunakannya.

“Ketika cuaca panas terik, tutupkan tingkap dengan langsir yang tebal supaya haba tidak masuk; tidak meninggalkan barangan elektrik di dalam mod sedia; gunakan lampu mentol LED yang tahan lebih lama serta lebih jimat tenaga; gosok pakaian dalam jumlah yang banyak
pada suatu masa dan memilih alat elektrik berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga,” menurut kenyataan itu.

TNB juga menasihatkan pengguna untuk menghidupkan kipas di bilik tidur pada waktu malam bagi membantu pengedaran udara selain menetapkan masa untuk pendingin hawa dimatikan serta kerap menyenggara pendingin hawa supaya ia beroperasi pada tahap optimum.

“Di dapur, elakkan meletak peti sejuk di tempat yang terdedah kepada pancaran terus cahaya matahari atau berhampiran dengan dapur memasak; susun barang-barang di dalam peti sejuk dengan sekurang-kurangnya dua pertiga kapasiti ruangan peti sejuk untuk membiarkan ruang pengedaran udara sejuk.

“Gunakan ketuhar gelombang mikro yang menggunakan tenaga yang rendah kerana ia boleh menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 10 hingga 25 peratus dan tekan suis pemanas air hanya apabila ingin digunakan dan tutup sejurus selesai,” menurut kenyataan itu.

TNB turut menyarankan kepada pengguna yang membasuh pakaian menggunakan mesin basuh supaya membasuh dengan muatan penuh serta menjemur pakaian dengan sinaran matahari berbanding menggunakan mesin pengering.

Bagi bilik air, elakkan suis alat pemanas air terbuka tanpa digunakan, malah mandi air sejuk tanpa menggunakan pemanas air akan membuatkan badan akan terasa lebih segar.

“Untuk memantau penggunaan elektrik secara langsung, pengguna juga digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan meter pintar sekiranya sudah siap dipasang, sama ada dengan myTNB portal (www.mytnb.com.my) atau aplikasi myTNB.

“Layari www.mytnb.com.my/energy-efficiency/home-energy-savings-tips/tips-tricks untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai langkah penjimatan elektrik dengan bijak,”menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di beberapa kawasan dengan suhu boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah celsius

Berita berkaitan
Dasar agih subsidi kerajaan dahulu silap, kata Mat Maslan
May 26, 2023· Isu semasa
Subsidi bersasar elektrik bagi T20 diumum selepas siap Pengkalan Data Utama
May 25, 2023· Isu semasa
Kerajaan umum kadar tarif baharu untuk T20 tak lama lagi: Nik Nazmi
May 23, 2023· Isu semasa
Subsidi elektrik: Kaji kesan sebelum umum, Muhyiddin tegur Anwar
May 17, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
1 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok