Guna cawangan khas PDRM buru penyeludup minyak masak: Annuar

July 16, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa mencadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan cawangan khasnya untuk memburu kumpulan atau individu yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak masa bersubsidi ke negara jiran.

Menurutnya langkah itu penting bagi mengelakkan ketirisan subsidi negara terus berlaku pada masa hadapan.

Beliau berkata pada masa yang sama bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengawal sempadan negara akan turut dimohon dalam membantu memburu penyeludup tersebut.

“Penyeludup ini perlu diburu kerana mereka telah melarikan subsidi negara yang dianggarkan berjumlah RM4 bilion. Mereka inilah yang mencuri duit rakyat menerusi kegiatan penyeludupan barangan kawalan ke negara jiran,” katanya selepas mengadakan tinjauan harga di Pasar Ketereh, Terengganu, hari ini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pihaknya juga akan menuntut daripada pemilik jenama minyak masak yang paling kerap diseludup ke negara jiran.

Katanya, penjelasan itu penting bagi membolehkan kerajaan mengetahui punca sebenar ia berlaku.

“Bila sudah berada di negara jiran kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa. Sebab itulah kita beri perhatian sebelum ia berlaku.

“Yang saya sedang memberi perhatian ialah yang sebelum diseludup. Yang ini yang yang kita sedang pegang kerana kita telah dapat mengenal pasti dari segi macam mana benda itu dilakukan.

“Ada minyak seludup diambil daripada plastik dibotolkan. Ada minyak yang memang mentah-mentah diseludup dalam bentuk paket daripada jenama tertentu.

“Dan kita sedang membuat susulan brand apa yang sampai ke Thailand syarikat yang mengeluarkan brand itu kena jawab. Ini penyiasatan sedang sedang berjalan,” katanya.

Annuar berkata ada juga minyak masak yang diseludup secara pukal dan ini bermakna penyelewengan bukan dibuat oleh individu secara kecil-kecilan, tetapi pihak yang lebih besar.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada mana-mana pihak dan syarikat yang mengedar minyak masak supaya tidak menyeludupnya ke luar negara.

“Saya nak mengingatkan sekali lagi. Minyak masak, baik subsidi atau tidak diberi dalam bentuk kuota. Sekarang ini saya nak bercakap tentang pemilik kuota.

“Pemilik kuota kalau kita dapati kuota mereka disalahgunakan dan mereka tak ada usaha nak baiki pemilikan kuota, maka kita akan kaji semula kuota itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Ketereh itu menjangkakan harga runcit minyak masak sawit dijangka turun dalam tempoh dua minggu lagi selepas penetapan harga yang lebih rendah itu dicapai menerusi mesyuarat siri kedua pasukan tersebut pada 13 Julai lalu.

Katanya, pihak pengilang secara dasar membayangkan harga minyak masak akan turun secara berperingkat iaitu di antara lima hingga 10 peratus dalam tempoh dua bulan.

Berita berkaitan
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
14 jam lalu· Politik
Skim subsidi bersasar boleh jimatkan RM20 bilion perbelanjaan negara: MPN
July 30, 2022· Isu semasa
Langkah terbaik PN bertemu PM bagi bincang isu berbangkit: Annuar
July 30, 2022· Politik
Inflasi di Amerika semakin menghimpit rakyat, sukar penuhi keperluan hidup
July 30, 2022· Dunia
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
1 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
2 jam lalu · Isu semasa
Sukan Komanwel: Nur Dhabitah raih perak acara terjun
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok