Guna bajet pembangunan tampung bayaran faedah pinjaman 1MDB

October 6, 2022 · Isu semasa

Kerajaan membelanjakan sejumlah RM1.7 bilion untuk membayar faedah pinjaman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2021, termasuk menggunakan lebih RM400 juta daripada peruntukan untuk pembangunan negara.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 yang diterbitkan hari ini (6 Oktober 2022), komitmen Jaminan Pinjaman 1MDB adalah berjumlah RM32.073 bilion.

Sebanyak RM14.578 bilion prinsipal pinjaman akan matang pada tahun 2022, sejumlah RM12.495 bilion pada 2023 dan sejumlah RM5 bilion pada 2039. Komitmen bayaran faedah pinjaman sehingga tempoh matang dianggarkan sehingga RM1.705 bilion setahun.

“Pelunasan faedah pinjaman syarikat yang berjumlah RM1.700 bilion pada 2021 adalah menggunakan peruntukan pembangunan berjumlah RM0.459 bilion dan AAMKA berjumlah RM1.241 bilion. Baki AAMKA pada 31 Disember 2021 adalah berjumlah RM15.281 bilion,” menurut laporan itu.

Sementara itu, anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC) pula telah membuat pengeluaran pinjaman dengan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) yang dijamin oleh Kerajaan sejumlah RM2 bilion pada tahun 2011 dan RM2 bilion pada tahun 2012.

Bayaran balik pinjaman bermula pada 2014. Baki prinsipal pinjaman pada 2021 adalah berjumlah RM0.985 bilion, iaitu berkurangan sejumlah RM1.500 bilion atau 60.4 peratus berbanding 2020 yang berjumlah RM2.485 bilion.

Pada 2021, Kerajaan telah melunaskan prinsipal pinjaman berjumlah RM1.500 bilion dan faedah pinjaman berjumlah RM40.29 juta menggunakan peruntukan pembangunan.

Selain pinjaman dengan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), syarikat itu juga menerima pinjaman daripada Kerajaan yang berjumlah RM600.80 juta, iaitu sejumlah RM91 juta pada 2015, RM213.68 juta pada tahun 2016 dan RM296.12 juta pada tahun 2017.

Setakat 31 Disember 2021, syarikat hanya membuat bayaran balik sejumlah RM3.25 juta atau 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman. Ini menjadikan tunggakan pinjaman syarikat dengan Kerajaan adalah berjumlah RM597.55 juta.

Isu 1MDB menjadi skandal terbesar dalam sejarah kewangan dunia dilakukan ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara sebelum kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beberapa pemimpin tertinggi UMNO, termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berdepan dengan pelbagai tuduhan jenayah, termasuk rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB.

Najib yang juga bekas Presiden UMNO dan bekas Pengerusi BN kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu menolak rayuan terakhirnya setelah didapati bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
31 minit lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
10 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
December 6, 2022 · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
15 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok