Guan Eng tak minta jam tapi saya yang beri, kata saksi perbicaraan

June 24, 2022 · Isu semasa

Seorang saksi perbicaraan kes rasuah terowong memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak meminta pemberian jam dan wang tunai daripadanya.

Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata Guan Eng tidak meminta sebarang hadiah daripadanya tetapi membawa RM100,000 dalam sampul dan seutas jam tangan jenama Maurice Lacroix bernilai RM43,000 untuk dihadiahkan sempena hari kelahirannya pada Disember 2015.

Zarul yang juga saksi ke23 memberitahu membawa wang tunai dan jam tersebut ke pejabat Guan Eng.

“Pada Disember 2015, saya ada membawa wang tunai RM100,000 diisikan dalam sampul putih dan seutas jam tangan Maurice Lacroix hitam ke pejabat Guan Eng di Tingkat 28, Menara Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).

“Sebelum pergi, tentunya saya membuat janji temu terlebih dahulu dengan pejabat Guan Eng pada jam 5 petang. Sebaik tiba, saya dipelawa masuk oleh Guan Eng.

“Tiada ada pegawai lain bersama. Guan Eng dan saya saja di bilik beliau. Setelah duduk dan bersembang seketika, Guan Eng ada bertanya mengenai dengan projek terowong (dasar laut Pulau Pinang). Saya memberitahu Guan Eng yang sekarang masih lagi dalam peringkat untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan,” katanya dipetik BH.

Beliau berkata demikian ketika membaca penyataan bertulis di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dalam pernyataan saksinya lagi, Zarul juga berkata tidak melihat Guan Eng memakai jam tangan itu, selain tidak merasa apa-apa ketika ahli politik berkenaan menolak wang tunai itu pada 2015.

“Guan Eng memberikan kembali sampul putih (berisi wang) kepada saya dan hanya jam tangan Maurice Lacroix diterima Guan Eng. Ahli politik itu kelihatan gembira bila menerima jam tangan dari saya. Selepas itu, saya beredar dari pejabat Guan Eng.

“Projek itu jauh lagi untuk disiapkan. Ianya hanya dalam peringkat kajian kebolehlaksanaan ketika itu. Tidak munasabah bagi saya untuk membayar semua 10 peratus di atas permintaan kepada Guan Eng kerana perjalanan projek masih lagi jauh,” katanya.

Selain itu, Zarul Ahmad berkata, sumber wang pembelian jam tangan itu menggunakan cek dari akaun bank UOB syarikat.

“Guan Eng tidak pernah meminta jam tangan itu sempena hari jadi beliau. Saya yang memberikan kepada Guan Eng.

“Tujuan saya memberikan jam itu semata-mata untuk memastikan pelaksanaan projek saya berjalan lancar dengan kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa atas dua tuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.

Guan Eng dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, KOMTAR, pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Dia turut didakwa atas tuduhan pindaan iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang RM3,300,000 dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang meminta suapan iaitu balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi melakukan perkara yang dicadangkan iaitu membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok