Guan Eng mohon batal kes rasuah, pengubahan wang haram

May 26, 2023 · Isu semasa

Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat permohonan membatalkan pertuduhan kes rasuah serta pengubahan wang haram terhadapnya, isteri, Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Peguamnya, RSN Rayer berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di Georgetown semasa prosiding awal hari ini.

“Kami akan membuat permohonan untuk membatalkan pertuduhan tidak lama lagi,” katanya, lapor Malaysiakini.

Pada 2020 mereka didakwa di Mahkamah Sesyen di Butterworth sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di Georgetown dan mahkamah menetapkan 11 September tahun ini untuk sebutan kes.

Pada 11 Ogos 2020, Lim didakwa atas kapasitinya sebagai ketua menteri ketika itu dan pengerusi Lembaga Perolehan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan membabitkan RM372,009 untuk isterinya melalui syarikat, Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Pertuduhan mendakwa ini bertujuan memastikan Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan jemputan untuk mencadangkan petempatan pekerja – di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah, dan sebahagian daripada Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang bernilai RM11,610,000.

Ahli Parlimen DAP itu didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016, di pejabat ketua menteri, Aras 28, Komtar, di George Town, Pulau Pinang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Phang didakwa bersubahat dengan Lim melakukan kesalahan itu di tempat dan tarikh yang sama.

Chew didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang didakwa menerima RM372,009 daripada sebuah syarikat melalui akaun banknya.

Chew didakwa menerima pindahan RM87,009, RM180,000 dan RM105,000 yang didakwa sebagai hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang daripada Excel Property Management & Consultancy dan yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 7 Oktober 2013 dan 4 Ogos 2014, untuk pertuduhan pertama, antara 3 September 2014 dan 11 Ogos 2015 untuk pertuduhan kedua dan dari 4 September 2015 hingga Mac 3 2016 untuk pertuduhan ketiga.

Ketiga-tiga pertuduhan itu mendakwa semua kesalahan dilakukan di Public Bank Berhad, cawangan Taman Melaka Raya, Melaka.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2002 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta, atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Merek telah mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan bagi semua pertuduhan.

Berita berkaitan
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
34 minit lalu· Politik
Jana Wibawa : Wan Saiful mohon batal pertuduhan mahkamah
May 31, 2023· Isu semasa
Kenapa Anwar tak minta Zahid lepas jawatan sehingga kes mahkamah selesai?
May 31, 2023· Politik
Presiden PKBM dibebaskan daripada pertuduhan rasuah
May 30, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
15 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok