Guan Eng dan Kerajaan Negeri menipu syarikat mahu derma vaksin tak wujud, dedah Khairy

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sebelum ini mendakwa bakal menerima tawaran dua juta dos vaksin Covid-19 secara percuma bagi diagihkan kepada rakyatnya, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana dipercayai ‘discam’ sekaligus membohongi rakyat.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang menjelaskan bahawa siasatan kementeriannya mendapati syarikat yang memberikan tawaran itu sebenarnya tidak wujud.

“Saya ulangi sekali lagi hari ini. Sumbangan atau tawaran ini palsu. Lihat surat tawaran ini, letterhead syarikat pun tiada.

“Saya bertanggungjawab terhadap pembelian vaksin di Malaysia, jadi saya tahu dari mana bekalan didapatkan,” katanya memetik laporan Malaysia Now.

Khairy juga berkata, tiada rekod pembelian daripada Yayasan Sekhar, sebuah organisasi berkait dengan ahli perniagaan Vinod Sekhar yang sebelum ini menuduh kerajaan menolak permohonan mereka untuk memberikan 200,000 suntikan secara percuma.

Petra Group milik Vinod sebelum ini mendakwa boleh “mendapatkan” 200,000 dos vaksin Sinovac dari China untuk diagihkan secara percuma.

“Pada mulanya kami hanya mempunyai 20,000 vaksin, tetapi kami berjaya mendapatkan 180,000 lagi vaksin dan kami mahu memberikan 200,000 botol sebagai sebahagian daripada khidmat negara,” kata jurucakap Petra Group, William Stevenson seperti dilaporkan laman sesawang milik syarikat itu, dalam sebuah laporan yang mengkritik kerajaan kerana “menolak” tawaran itu.

Pada sidang media hari ini, Khairy berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow melakukan tuduhan tidak bertanggungjawab terhadapnya berdasarkan tawaran yang sebenarnya palsu.

Bekas ketua menteri, Lim Guan Eng semalam mendesak Chow untuk menerima tawaran itu, dan menyelar kerajaan kerana menyekat sumbangan itu.

Sementara itu Khairy berkata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari tidak seharusnya mengelirukan orang ramai berhubung kadar vaksinasi di negeri itu.

“Saya tidak mahu dilihat sebagai menyekat usaha Selangor. Tetapi saya perlu berterus-terang dan mengatakan dari segi bekalan, kerajaan pusat akan diutamakan.”

BERITA BERKAIT
POPULAR