GST baharu perlu dilaksanakan secara bersasar, kata bekas KP Kastam

June 2, 2022 · Isu semasa

Pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) perlu dilaksanakan secara bersasar agar tidak membebankan rakyat yang sekarang ini berdepan peningkatan inflasi.

Menurut bekas Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Subromaniam Tholasy, cukai GST yang dikenakan pada kadar enam peratus sebelum ini perlu dilanjutkan kepada cukai barang sebanyak lima peratus dan cukai perkhidmatan sebanyak tujuh peratus.

“Kerajaan perlu melihat kembali barangan sifar cukai di mana kali ini ia hanya terhad kepada barangan asas sahaja,” katanya pada program Malaysia Petang Ini di Bernama TV hari ini.

Menurutnya jika kadar cukai ditetapkan terlalu rendah sehingga empat peratus, ia hanya menyumbang kepada pendapatan neutral, manakala kadar yang lebih tinggi boleh meningkatkan pendapatan dan kewangan negara, serta meningkatkan pasaran saham.

“Ia secara langsung akan memberi kesan kepada kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),” jelasnya.

Beliau juga berkata pelaksanaan semula GST perlu mengambil kira masa yang sesuai, kekuatan ringgit serta dasar awam yang disediakan kementerian tertentu selain memastikan inflasi dapat dikawal.

“Tidak dinafikan pelaksanaan GST sebelum ini pada 2015 mempunyai beberapa kelemahan seperti pengurangan subsidi, rasionalisasi kadar tarif elektrik dan kejatuhan nilai ringgit yang menyebabkan indeks harga pengguna meningkat.

“Indeks harga pengguna semasa semakin meningkat tetapi ia tidak bermakna lebih banyak hasil kepada kerajaan kerana kesan SST hanya mencapai tahap import dan pengilangan bagi barangan berbanding GST yang memberi kesan sehingga ke peringkat runcit,” katanya.

Selain itu, Subromaniam turut menyarankan kerajaan tidak menetapkan nilai ambang terlalu rendah seperti sebelum ini iaitu RM500,000 supaya perniagaan kecil tidak termasuk dalam pelaksanaan GST.

“Mungkin kita boleh lihat nilai ambang yang lebih sesuai dengan kadar antara RM1 juta dan RM2 juta supaya tidak membebankan perniagaan seperti kedai runcit biasa,” katanya.

Beliau berkata GST adalah sistem percukaian yang sangat cekap, telus dan adil serta mesra perniagaan yang boleh meningkatkan ekonomi negara dan memberikan daya saing yang lebih kukuh kepada eksport negara.

“Oleh itu, GST pasti akan menstabilkan harga barang dalam jangka masa panjang,” tambahnya.

Berita berkaitan
Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia
June 25, 2022· Isu semasa
Kajian menyeluruh sebelum perkenal semula GST: IDEAS
June 11, 2022· Isu semasa
Sistem GST akan ditambah baik jika diperkenalkan semula: Zafrul
June 10, 2022· Isu semasa
Cadangan perkenal GST, rakyat sudah terhimpit sekarang: Hadi
June 3, 2022· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Keluarga B40 bertambah, MPN gesa usaha pulih ekonomi dipercepat
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
2 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
8 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
9 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
9 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok