GP Malaysia dibatal kali kedua

August 19, 2021 · Isu semasa

Grand Prix (GP) Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Oktober ini dibatalkan susulan sekatan perjalanan akibat Covid-19, kata penganjur.

“Penularan Covid-19 dan sekatan perjalanan yang dilaksanakan Malaysia menjadi faktor pembatalan acara itu,” kata kenyataan bersama badan pengendali sukan ini, FIM dan promoter perlumbaan, Dorna, hari ini.

Ini tahun kedua berturut-turut perlumbaan yang dijadualkan berlangsung di Sepang pada 24 Oktober itu terpaksa dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.

Pusingan kejuaraan dunia di Malaysia menerima nasib sama seperti perlumbaan musim ini di Thailand, Jepun dan Australia.

Misano, Itali akan mengambil alih tempat Litar Antarabangsa Sepang yang bakal menjadi perlumbaan MotoGP kedua dalam bulan berkenaan dengan litar yang dinamakan sempena mendiang Marco Simoncelli itu akan menganjurkan GP San Marino pada 19 September.

“Nama pertandingan ini akan diumumkan kemudian,” kata penganjur.

Pelumba Perancis, Fabio Quartararo (Yamaha) mendahului kedudukan kejuaraan dengan 47 mata di depan Francesco Bagnaia (ITA / Ducati) menjelang GP Britain pada 29 Ogos iaitu pusingan ke-12 musim ini. – Agensi

Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok