Golongan OKU tak dipinggir, PPV Pandu Lalu vaksinasi ditambah

June 18, 2021 · Isu semasa

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu untuk golongan orang kurang upaya (OKU) akan ditambah bagi mempercepatkan vaksinasi kepada 40,000 ahli komuniti tersebut, ia bukti kumpulan tersebut tidak dipinggirkan kerajaan.

Penambahan tersebut yang dikendalikan OKU Sentral di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanakan secara berperingkat untuk lima bulan akan datang, kata Pengerusi OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

“Kami dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa menteri berkenaan berkata beliau gembira dengan keupayaan kami mematuhi SOP (prosedur operasi standard) dan melaksanakan program imunisasi untuk OKU.

“Kami juga dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa menteri berkenaan juga telah meminta agar kami meningkatkan kapasiti di fasiliti vaksinasi pandu lalu pertama negara untuk OKU dan pada minggu-minggu akan datang, kami akan berusaha meningkatkan kapasiti kami kepada 400 orang sehari,” katanya dalam kenyataan.

Komitmen tersebut dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, kata Ras Adiba.

Beliau berkata peningkatan pengagihan vaksinasi bagi PPV pandu lalu kendalian OKU Sentral menunjukkan komitmen berterusan kerajaan terhadap komuniti OKU terutama mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

PPV Pandu Lalu kendalian OKU Sentral memulakan program vaksinasinya semalam dengan 80 suntikan sehari sehingga Jumaat ini sebelum meningkatkan kapasiti kepada 160 hingga 200 suntikan sehari mulai 21 Jun dan seterusnya bagi tempoh lima bulan akan datang.

Pelaksanaan vaksinasi di pusat itu ketika ini adalah berdasarkan pendaftaran yang diterima oleh OKU Sentral, yang menyaksikan sejumlah 13,500 OKU akan menerima janji temu masing-masing menerusi aplikasi MySejahtera.

Pendaftaran melalui Google Form OKU Sentral bagi vaksinasi kali ini sudah ditutup dan akan dibuka semula dalam masa terdekat bagi mencapai sasaran baharu untuk memberikan 40,000 suntikan dalam tempoh lima bulan akan datang.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Tun Faisal, Ras Adiba sah sertai Perikatan Nasional, bantu kempen PRN
July 10, 2023· Politik
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok