Gol penalti Safawi bawa Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia

June 16, 2021 · Isu semasa

Gol sepakan penalti dijaringkan pemain sayap kanan Muhammad Safawi Rasid melayakkan Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas skuad negara menewaskan Thailand 1-0 awal pagi ini.

Kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan G di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu membolehkan Malaysia merampas kedudukan ketiga Kumpulan G daripada skuad Gajah Perang itu dan melangkah secara automatik ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.

Keputusan itu turut menyaksikan ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe meraih kemenangan keduanya ke atas Thailand, selain berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat pertemuan kedua-dua pasukan sejak mula menggalas tugas pada Disember 2017.

Pada perlawanan ‘hidup mati’ itu, kedua-dua pasukan yang memburu kemenangan pertama sejak kempen kelayakan itu bersambung melakukan enam pertukaran dalam kesebelasan utama masing-masing sebagai menyuntik nafas baharu dalam pasukan bagi memburu tiga mata berharga.

Dalam 10 minit pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling menguji kekuatan benteng pertahanan masing-masing dengan pemain sayap Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan pemain tengah Thailand Thanawat Suengchitthawon mempunyai peluang terbaik membuka tirai jaringan.

Kelincahan Muhammad Akhyar memaksa pasukan lawan bekerja keras apabila pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya melepasi perangkap ofsaid dan hampir meledak gol pembukaan pada minit ke-18, namun gagal menemui sentuhan penyudah dalam situasi satu lawan satu berdepan penjaga gol lawan.

Malaysia terus tampil dengan percubaan berbahaya menerusi tandukan penyerang naturalisasi Guilherme De Paula yang tepat ke Chatchai Bootprom pada minit ke-22 sebelum penjaga gol itu sekali lagi cemerlang menyelamatkan tandukan kapten Mohamad Aidil Zafuan bin Abd Radzak lima minit kemudian.

Bagaimanapun, Thailand, yang menduduki ranking ke-106, sesekali turut melancarkan serangan ke kubu pertahanan negara menerusi gerakan efektif mereka dengan Thanawat kempunan meletakkan pasukan di hadapan selepas rembatannya pada minit ke-40 sedikit melewati palang gol negara.

Kebuntuan dalam menjaringkan gol memaksa Cheng Hoe membawa masuk Muhammad Safawi dan Muhammad Syafiq Ahmad pada babak kedua sebelum percaturan itu membuahkan hasil apabila diberikan sepakan penalti selepas Muhammad Safawi dikasari pemain pertahanan Ernesto.

Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 itu tenang menyempurnakan sepakan untuk membuka tirai jaringan meskipun rembatan kaki kirinya dapat dibaca Chatchai, namun gagal menangkap kemas bola.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
14 jam lalu· Isu semasa
20 juta pengundi layak pilih kerajaan baharu hari ini
November 19, 2022· Politik
Najib belanja RM1.2 juta di hotel Trump pada 2017, pilih bilik mewah
November 15, 2022· Isu semasa
Banjir landa negara jiran Thailand, sungai melimpah
October 11, 2022· Dunia
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
5 minit lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
11 minit lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
8 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
13 jam lalu · Isu semasa
Covid: Kematian semalam tertinggi sejak April, 1,737 kes baharu
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
17 minit lalu
[VIDEO] Ceramah umum pertama BN-PH hambar, tiada sepatah ‘penyamun’ disebut Mat Sabu
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok