GKP sudah diberi kepada lebih sejuta usahawan mikro: Zafrul

September 23, 2021 · Isu semasa

Lebih sejuta usahawan mikro sudah menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang diberikan menerusi empat siri sejak wabak Covid-19 melanda negara, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Kewangan berkata bantuan GKP itu melibatkan sejumlah bantuan kewangan bernilai RM6.08 bilion.

Daripada jumlah itu, bagi pembayaran terkini iaitu GKP 4.0 membabitkan implikasi kewangan RM1 bilion, yang mana bayaran RM500 bagi fasa pertama dikreditkan terus ke akaun bank didaftar mulai kelmarin.

Beliau berkata, syarat kelayakan sedia ada bagi permohonan GKP adalah sangat minimum dan tidak terlalu ketat.

“Data penerima bantuan GKP berdasarkan data terkini pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Penerima yang layak menerima bantuan GKP 4.0 membabitkan penerima sedia ada (GKP 1.0, 2.0 dan 3.0) berstatus lulus dan berjaya kredit serta penerima baharu GKP 4.0.

“Syarat ini dikenakan bagi memastikan tiada ketirisan dan usahawan mikro betul-betul layak mendapat bantuan bagi menghadapi cabaran Covid-19,” katanya.

Zafrul menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Fasih Mohd Fakeh pada sesi pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab persoalan berkaitan Institusi Kewangan Pembangunan (IKP), Tengku Zafrul menjelaskan, IKP perlu menekankan strategi mengutamakan pelaburan dan pemberian pinjaman bagi menyokong usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terbabit dalam inovasi peringkat awal, serta mereka yang beralih ke arah operasi digital.

“IKP perlu menumpukan usaha dalam menyokong usahawan mikro dan PKS yang terbabit dalam sektor yang menekankan aspek kelestarian,” katanya lagi.

Beliau berkata, dalam menyokong inisiatif terutama yang berkaitan usahawan mikro dan PKS, IKP seperti Bank Simpanan Nasional, Bank Kerjasama Rakyat, Agrobank dan SME Bank melaksanakan pelbagai skim pembiayaan melalui dana Bank Negara Malaysia (BNM) dengan jumlah keseluruhan adalah RM8.1 bilion.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok