Geran khas kepada sejuta PKS Mikro bernilai RM500 juta disalur hari ini

July 12, 2021 · Isu semasa

Sejuta pengusaha Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro akan menerima bantuan geran bernilai RM500 juta keseluruhan bermula hari ini, ia antara usaha kerajaan bagi membantu aliran tunai mereka dalam mendepani cabaran pandemik ketika ini.

Jumlah bantuan tambahan sebanyak RM500 itu diumumkan menerusi Pakej PEMERKASA Plus sebelum ini, ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM500 juta dan akan dikreditkan terus hari ini ke akaun bank yang didaftarkan di dalam sistem Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0.

Bantuan tambahan ini merupakan sebahagian usaha berterusan kerajaan selepas pembayaran RM1,000 sudah dikreditkan ke dalam akaun penerima pada pertengahan Jun 2021 lalu.

“Pembayaran yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM500 juta ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan di dalam sistem GKP,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Jelasnya, bantuan seterusnya menerusi GKP 4.0 pula akan mula disalurkan pada September dan November 2021 yang bernilai masing-masing RM500.

“Seterusnya, di bawah Pakej PEMULIH yang diumumkan pada 28 Jun 2021, bayaran tambahan GKP 4.0 akan disalurkan kepada penerima GKP sedia dan penerima baharu pada bulan September 2021 dan November 2021, masing-masing sebanyak RM500.

“Bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, tempoh pendaftaran GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai 2021,” katanya lagi.

Menurut Zafrul, jumlah keseluruhan peruntukan yang disalurkan kepada sejuta PKR Mikro kini sudah mencecah RM6.08 bilion sejak berlakunya penularan Covid-19 yang dihadapi negara.

“Kerajaan berharap agar bantuan langsung berterusan yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya perniagaan yang masih tidak dibenarkan beroperasi pada ketika ini,” ujarnya lagi.

Selain dari GKP, banyak lagi inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh PKS mikro sepenuhnya sebagai persediaan untuk perancangan jangka panjang ke arah pemulihan perniagaan masing-masing.

Ia termasuklah dana pinjaman mudah PKS mikro yang keseluruhannya berjumlah RM2.9 bilion melalui Bank Simpanan Nasional, Agrobank, MARA, SME Corp, YAPEIM dan TEKUN.

Peruntukan dana pinjaman mudah bagi PKS dan PKS mikro juga tersedia di bawah Bank Negara Malaysia berjumlah RM8.6 bilion.

Jumlah ini termasuk dana tambahan sebanyak RM2 bilion melalui Pakej PEMERKASA Plus dan RM2 bilion lagi menerusi Pakej PEMULIH.

Maklumat lanjut mengenai dana-dana ini serta bantuan-bantuan Kerajaan yang lain boleh didapati di https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/

Tambahan GKP 4.0, ketersediaan dana-dana pinjaman mudah dan bantuan-bantuan lain bertujuan untuk menampung keperluan pembiayaan PKS dan PKS mikro bagi menyokong perkembangan masing-masing selaras dengan pemulihan ekonomi yang digariskan melalui Pelan Pemulihan Negara.

Langkah kerajaan ini membuktikan kesungguhan dan usaha berterusan yang sedang dilaksanakan dalam membantu perniagaan untuk kekal bertahan bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Berita berkaitan
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Kerajaan berhak umum bantuan tunai bila-bila masa, kata Mat Maslan
July 29, 2023· Politik
Dia bagi kita ambil, tapi undi jangan beri : Tun Faisal
July 27, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan
February 8, 2022
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok