Gerakan besar-besaran buru tiga lelaki samun wang tunai RM1 juta

May 6, 2022 · Isu semasa

Polis Kelantan melancarkan gerakan besar-besaran memburu tiga lelaki yang merompak wang tunai lebih RM1 juta dan barang kemas dari sebuah kedai pajak gadai di Pasir Mas, Kelantan semalam (5 Mei 2022).

Gerakan itu termasuk melakukan Ops Tutup dan sekatan jalan raya di seluruh Kelantan membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) selain di pintu masuk sempadan serta pangkalan haram Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata polis menerima laporan jam 4.45 petang semalam berhubung rompakan bersenjata di kedai Pajak Gadai Emas Aik Lee di Pasir Mas.

Menurutnya dalam laporan itu mangsa mengadu didatangi tiga lelaki bertopeng dengan dua daripadanya menggunakan senjata menyerupai pistol dan seorang lagi memiliki pisau.

“Mangsa bersama lima pekerja diikat dan dipaksa berada di bawah meja. Mangsa juga telah dipaksa membuka laci peti besi dan diarah mengisi yang tunai RM1 juta serta pelbagai barangan kemas.

“Suspek juga telah mengambil kunci kereja jenis Perodua Alza dan melarikan diri menggunakan kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Muhamad Zaki berkata polis Kelantan mengadakan Ops Tutup dan sekatan jalan raya di seluruh negeri serta mengatur gerakan Team daripada JSJ dan PGA ke pintu-pintu sempadan dan pangkalan haram yang bersempadan dengan Thailand bagi mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan.

“Pada jam 12.30 pagi tadi sepasukan anggota dan pegawai strike force Kompeni B Batalion 8 PGA ternampak kenderaan jenis Perodua Alza yang ditinggalkan di tepi jalan.

“Hasil semakan didapati kenderaan itu berkait kes rompakan kedai pajak gadai berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, polis menggesa dan menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil membantu sekiranya mempunyai maklumat.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok