Geng Nicky lumpuh, datuk seri diburu

March 30, 2021 · Isu semasa

Polis melumpuhkan kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ dengan tertangkapnya 68 anggota kumpulan itu dan merampas ratusan ribu ringgit wang tunai, serta aset bernilai jutaan ringgit dalam 70 serbuan di Selangor dan Lembah Klang.

Ketua kumpulan itu Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33 tahun masih diburu, dan dia dipercayai masih ada di dalam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kumpulan itu dipercayai terbabit dalam jenayah terancang antarabangsa, Macau Scam dan pengubahan wang haram.

“Dalam operasi ini, sebanyak 70 serbuan dijalankan bagi mengesan dan menangkap ahli kumpulan ini yang diketuai Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee berusia 33 tahun serta merupakan pengasas kepada Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini..

Beliau berkata, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 bersama satu kelopak peluru berisi sembilan butir peluru serta wang tunai pelbagai mata wang dianggarkan bernilai RM773,145 selain kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM6.67 juta.

Mereka yang ditahan dalam operasi bermula 20 hingga 28 Mac lepas terdiri daripada 48 orang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Dua belas warga asing merangkumi 11 rakyat China dan seorang warga Myanmar ditahan mengikut Akta Imigresen; serta lapan rakyat tempatan yang ditahan di bawah undang-undang narkotik kerana positif ujian saringan air kencing.

Berita berkaitan
Lesap RM120,000 selepas ditipu ‘phone scam’ menyamar polis
October 24, 2023· Isu semasa
Dua wanita antara empat suspek ditahan dalam kes samun bersenjata
June 11, 2023· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023· Isu semasa
Popular
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok