Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM

July 4, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan pihak penguat kuasa menggempur penyelewengan minyak masak paket bersubsidi bermula pada peringkat kilang pembungkusan hingga ke sempadan negara.

Katanya operasi akan dilaksana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), polis serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertujuan memastikan peruntukan subsidi minyak masak RM4 bilion tahun ini tidak tiris dalam setiap peringkat rantaian serta sampai kepada pengguna.

“Tindakan tegas termasuk membatalkan kuota dan lesen yang telah diberikan kepada pengilang dan pembungkus akan diambil dalam usaha menangani ketirisan pengedaran minyak masak bersubsidi.

Kerajaan akan melaksanakan operasi pengauditan dan pemutihan secara komprehensif, meliputi 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula minyak masak paket yang beroperasi di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, menurut Bernama, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL).

Mesyuarat itu turut dihadiri beberapa Menteri Kabinet serta wakil daripada Jabatan Perangkaan Malaysia; Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia; Institut Penyelidikan Khazanah; Majlis Tindakan Ekonomi Melayu; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam; Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia dan Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia.

Ismail Sabri berkata perangkaan semasa menunjukkan edaran minyak masak paket bersubsidi di dalam negara berjumlah 60,000 metrik tan sebulan adalah melebihi daripada penggunaan isi rumah dalam negara.

Pada 22 Jun lepas, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan mengekalkan subsidi minyak yang telah bermula sejak Jun 2007 bagi minyak masak paket berharga RM2.50 satu kilogram untuk kegunaan golongan B40, berbanding harga pasaran sebenar iaitu RM9.00.

Katanya mesyuarat yang menyaksikan lima kertas kerja dibentangkan juga bersetuju sekuriti makanan dijadikan keutamaan dalam konteks Keselamatan Dalam Negeri bagi mengatasi masalah itu yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Selain itu, katanya kerajaan akan memperhebat Program Jualan Keluarga Malaysia sepanjang masa dengan jualan barangan keperluan asas pada harga lebih murah yang bakal melibatkan kerjasama strategik bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan serta diperluas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.

Ismail Sabri berkata program yang akan diterajui bersama KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Wilayah Persekutuan turut dilaksanakan dalam konsep bergerak.

“Kerajaan akan turut memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di restoran-restoran koperasi dan kafeteria serta premis jualan makanan di IPT sebagai alternatif bagi mendapatkan hidangan pagi, tengah hari dan malam pada harga yang berpatutan.

“Kerajaan sentiasa mendengar keluhan Keluarga Malaysia dan berusaha untuk memastikan cabaran kos sara hidup dapat dihadapi dengan sebaik mungkin,” katanya.

Berita berkaitan
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023· Isu semasa
Penasihat ekonomi wajib ada latar belakang ekonomi, CME bidas Anwar
January 30, 2023· Isu semasa
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
January 29, 2023· Isu semasa
PM lantik anak jadi penasihat kanan
January 29, 2023· Isu semasa
Popular
Johari sahkan Mohammed Iqbal adalah anaknya, sama dalam web rasmi Parlimen
February 3, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
11 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
11 jam lalu · Isu semasa
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
17 jam lalu · Isu semasa
Pulau Pinang dilanda banjir
18 jam lalu · Isu semasa
Tunggu dasar dan garis panduan KDN berhubung kebenaran jual bunga api, mercun
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok