Gempa bumi Taiwan, amaran tsunami tidak libatkan Malaysia

September 18, 2022 · Isu semasa

Malaysia tidak terlibat dalam amaran tsunami yang dikeluarkan hari ini susulan gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter di Taiwan.

Dalam satu makluman, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata pusat gempa tersebut tersebut terletak 23.2° Utara dan 121.3° Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Ia terletak 75 kilometer Tenggara dari Chiayi,Taiwan.

Bagaimanapun, MetMalaysia memberitahu tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan kejadian yang berlaku pukul 2.44 petang tadi adalah paling kuat setakat ini dengan kedalaman 10 km (6.2 batu).

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami bagi pulau terpencil berhampiran Taiwan, selain meramalkan ombak setinggi semeter dijangka tiba kira-kira jam 4.00 petang (waktu tempatan).

Jabatan Kaji Cuaca Taiwan memaklumkan gegaran kuat berukuran 6.4 magnitud juga berlaku di daerah Taitung, petang semalam namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Berita berkaitan
Zakir Naik akan kembali ke Malaysia, bagaimana pendirian DAP?
March 28, 2023· Isu semasa
Bahagian Selatan Laut Maluku, Indonesia digegar gempa bumi
March 8, 2023· Dunia
Keadaan banjir semakin buruk, ada kanak-kanak lemas dan jalan ditutup
March 2, 2023· Isu semasa
Wilayah tenggara Iran digegar gempa bumi
February 21, 2023· Dunia
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
1 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
4 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
4 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok