Gempa bumi kuat di Indonesia turut sampai ke Malaysia

April 4, 2023 · Isu semasa

Gempa bumi kuat di Utara Sumetera, Indonesia pada jam 10.59 malam tadi turut dirasai sehingga sampai ke Malaysia.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran kuat gempa bumi menyebabkan beberapa negeri di Malaysia turut merasai gegaran kuat tersebut pada kedalaman 86 kilometer.

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah mengesahkan gempa bumi itu berlaku pada jarak 84 kilometer barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.

Katanya, gegaran di negara jiran itu mungkin turut dirasai di beberapa negeri di Malaysia.

“Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya menurut laporan media.

METMalaysia turut memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa yang berlaku.

Sementara itu, Bernama pula melaporkan semakan di laman sosial Twitter pula mendapati pengguna dari pelbagai lokasi turut merasai gegaran malah ada yang mengongsikan tangkap layar amaran awal gempa bumi dari sistem Android.

Antara reaksi mereka ialah menyoal kesahihan insiden itu.

“Semoga selamat dan baik-baik saja bagi yang terkesan dengan gempa bumi itu,” ciap seorang pengguna akaun Twitter.

Seorang lagi menciap “Rumah aku dah lah tinggi, boleh rasa gegaran tadi”.

Berita berkaitan
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023· Dunia
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
23 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok