Gelombang baharu Covid-19 dijangka landa negara, kata Menteri Kesihatan

June 21, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kemungkinan negara akan sekali lagi dilanda gelombang baharu Covid-19 dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi, susulan pasang surut kes ketika ini.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sejauh mana atau sebesar mana gelombang itu tidak dapat dipastikan lagi, namun berdasarkan perkembangan epidemiologi negara-negara lain menyatakan gelombang jangkitan itu akan berlaku.

“Sebab itu dalam kategori tertentu, mereka yang berusia dan mengalami masalah kesihatan yang kronik digalakkan untuk top up imuniti mereka melalui penambahan dos vaksin,” katanya selepas merasmikan sesi dialog sempena Persidangan Pengarah-Pengarah Hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di Petaling Jaya, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata KKM menggalakkan golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas serta individu berpenyakit kronik untuk mendapatkan dos penggalak kedua bagi meningkatkan imuniti mereka daripada dijangkiti Covid-19.

Khairy berkata setakat semalam (20 Jun), seramai 107,844 orang di Malaysia telah menerima suntikan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 dan 57,834 daripada jumlah itu terdiri dalam kalangan individu berusia 60 tahun ke atas.

“Malah, setakat ini, kita tidak menerima apa-apa laporan berkenaan kesan sampingan terhadap dos penggalak kedua,” katanya seperti dilapor Bernama.

Mengulas perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dibuka semula bermula 20 Jun hingga 24 Jun ini, Khairy berkata seramai 397 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima suntikan vaksin melalui program itu.

Katanya, walaupun PICKids telah diumumkan tamat pada 31 Mei lepas, terdapat ibu bapa yang meminta supaya diberi peluang untuk mendapatkan kemudahan vaksinasi itu.

“Ada juga masyarakat terpinggir kerana tak dapat maklumat sebelum ini. Maka kita setuju untuk buat kempen ini semula secara terhad bagi memastikan mereka yang terlepas peluang diberikan kemudahan vaksinasi kepada anak-anak mereka,” katanya.

Ditanya mengenai pembayaran kepada pengendali aplikasi MySejahtera, Khairy berkata kerajaan belum membuat sebarang pembayaran setakat ini, namun telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan rundingan harga.

Pada Mac lepas, Khairy dilapor berkata kerajaan belum meluluskan atau membuat apa-apa pembayaran kepada pengendali aplikasi berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan dan KKM akan memastikan sebarang keputusan berhubung kos pembayaran akan mengambil kira kepentingan negara dan rakyat.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
8 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
10 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
12 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok