Gelagat pengantin ‘unboxing’ isteri umpama ‘jual bini’: Mufti Perlis

January 14, 2022 · Isu semasa

Trend unboxing yang kini menjadi ikutan pengantin baharu di negara ini, membabitkan perbuatan suami membantu isteri membuka tudung sambil dirakam untuk dimuat naik ke dalam media sosial, dilihat seperti ‘menjual bini’.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kemajuan teknologi yang semakin berubah menjadikan manusia mendedahkan diri sendiri sebagai satu kebanggaan dan kesombongan, menurut laporan Bernama.

“Kebanggaan dan kesombongan untuk menunjukkan apa yang aku ada dan apa yang orang lain tiada sehingga ada yang terpengaruh dengan memuat naik kandungan unboxing isteri semata untuk mendapat like (tanda suka) yang banyak dalam media sosial.

“Kadang-kadang mereka ini membuat trend yang melampaui batas sampai mendedahkan isteri sendiri,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan hadis riwayat Al-Bukhari: “Nabi Muhammad SAW tidak membenarkan perempuan bercerita mengenai tubuh perempuan lain kepada suaminya kerana itu akan menaikkan syahwat suaminya terhadap perempuan lain.”

Mohd Asri juga berkata, pembabitan dalam kumpulan aplikasi WhatsApp yang tidak berfaedah perlu dikurangkan.

Sementara itu, seorang penjawat awam Norhafizah Saad, 48 berkata trend unboxing tersebut dianggap kurang sopan kerana aurat isteri adalah untuk suami dan bukannya untuk menjadi bahan tontonan ramai.

“Tidak perlu untuk kongsi apa yang kita ada untuk semua orang walaupun niat asal hanya untuk berkongsi kegembiraan akhirnya seolah-olah menjual bini,” katanya.

Berita berkaitan
Selepas ucapan Zahid, Mufti Perlis bimbang Malaysia jadi ‘syurga rasuah’
October 13, 2022· Politik
Mufti Perlis persoal keputusan ‘halal’ Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah
April 9, 2022· Isu semasa
Tangguh pemberian dos penggalak, KKM perlu lihat realiti: Mufti Perlis
January 19, 2022· Isu semasa
Trend unboxing isteri bukan budaya Islam
January 19, 2022· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok