Gas kedua ditemui Petronas di Wilayah Baram

November 30, 2021 · Isu semasa

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan penemuan gas dari telaga penerokaan Nangka-1 di Blok SK417, terletak di perairan cetek Wilayah Baram kira-kira 180 kilometer dari pantai Sarawak.

Telaga Nangka-1 telah berjaya digerudi sehingga jumlah kedalaman 3,758 meter pada September 2021.

“Gas itu ditemui di takungan klastik Miocene Kitaran 6 Tengah hingga Akhir, sekali gus mengesahkan potensi hidrokarbon di kawasan sekitar,” menurut perbadanan petroleum bersepadu sepenuhnya Malaysia itu dalam kenyataan di sini.

PTTEP HK Offshore Ltd merupakan pengendali untuk Blok SK417 dengan 80 peratus kepentingan penyertaan manakala Petronas Carigali Sdn Bhd memegang baki 20 peratus.

Blok itu telah diberikan pada Mac 2018 berikutan Pusingan Bidaan Malaysia 2017.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas Mohamed Firouz Asnan berkata kejayaan telaga Nangka-1 itu menjadikannya penemuan gas yang kedua di Wilayah Baram pada tahun ini.

“Penemuan gas bebas bahan cemar di Nangka-1 mengesahkan peluang gas di kawasan itu dan seterusnya menaik taraf Wilayah Baram.

“Penemuan gas kedua ini memberi kekuatan baharu kepada Wilayah Baram, yang merupakan sebahagian daripada wilayah Delta Baram, menunjukkan potensi untuk lebih banyak penemuan di kawasan berhampiran.

“Wujudnya kemudahan sedia ada di rantau ini akan membolehkan Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) mengewangkan penemuan mereka dengan lebih cepat dan lebih murah melalui penyelesaian menyeluruh,” katanya.

Pada Februari lepas, Petronas mengumumkan penemuan gas baharu di telaga penerokaan Dokong-1 dalam blok sama Wilayah Baram.

Maklumat lanjut mengenai peluang pelaburan di Malaysia, layari https://www.petronas.com/mpm/.

Berita berkaitan
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
2,310 pelajar terima sumbangan Yayasan Petronas
June 12, 2023· Isu semasa
Petronas sedia beri kerjasama kepada SPRM jalankan siasatan
May 27, 2023· Isu semasa
Rakyat Malaysia dibawa keluar dari Kompleks Petronas Khartoum
April 18, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
16 minit lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
22 minit lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
23 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok