Gas bocor: Jalan Subang-Glenmarie ditutup 25 hari

April 23, 2021 · Isu semasa

Polis menutup laluan dari Subang menghala Glenmarie selama 25 hari mulai Jumaat susulan kebocoran gas di lokasi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di di Jalan Persiaran Kerjaya, Seksyen 1, Shah Alam.

Laluan kontra akan dibuka bermula dari simpang tiga Temasya Kasih hingga ke Bangunan Palm Grove membabitkan jarak lebih kurang 350 meter.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, polis menerima maklumat mengenai kebocoran saluran paip utama membekal gas asli kepada Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya, semalam.

Beliau berkata, atas faktor keselamatan pengguna jalan raya dan kawasan sekitar, pihak bomba telah menyarankan agar menutup sepenuhnya laluan terbabit.

“Lokasi penutupan jalan ini adalah penghubung laluan utama dari Subang menghala ke Glenmarie. Sekiranya penutupan penuh dijalankan akan menyebabkan kesesakan teruk ke arah Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam.

“Tempoh masa penutupan jalan dan pembukaan laluan kontra dijangka selama 25 hari, iaitu tempoh membaik pulih dijangka selesai,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Baharudin berkata, sepanjang tempoh itu, bantuan rondaan daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan pihak Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd bagi menilai tahap kesesakan lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya.

Berita berkaitan
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Penemuan gas terbaharu Pakistan di kawasan Waziristan Utara
June 3, 2022· Dunia
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
3 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
3 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
3 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
3 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok