
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dilaporkan bakal menaikkan lagi harga produk keluarannya mulai 1 September 2022.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) dilaporkan akan menaikkan harga bagi 53 produk keluarannya berkuat kuasa 1 September ini, menurut surat yang dikatakan akan diedar kepada peruncit mulai esok (29 Ogos)
Surat ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia KL, Koh Chin Huat disiarkan dalam laman Facebook rasmi syarikat itu memaklumkan bahawa syarikat itu akan mengemas kini harga untuk semua produk yang tersenarai mulai 1 September 2022.
“Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga juala tetapi disebabkan kenaikan harga bahan mentah yang meningkat secara berterusan, seperti tepung gandum dan lemak sayuran, ianya menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan,” kata Koh dalam surat itu.
Dalam jawapan kepada satu soalan dibangkitkan pengguna di laman Facebook syarikat itu, Gardenia KL menjelaskan selain usaha berterusan dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan kami, kenaikan kos dan bahan-bahan mentah dan kos pengangkutan yang mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang sangat ketara dan syarikat telahpun menyerap kenaikan kos tersebut.
“Kami ingin meyakinkan anda bahawa perubahan semula harga produk-produk kami akan menjadi pilihan terakhir setelah berusaha sedaya upaya melalui pelbagai cara bagi mencapai kecekapan dan produktiviti.
“Melihatkan keadaan tersebut, kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyemak semula harga hanya pada produk-produk yang terjejas.
“Sudah menjadi polisi kami untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna kami dan yakinlah bahawa kami akan terus melakukannya,” katanya.
Sebelum ini, Gardenia KL menaikkan harga 38 produk keluarannya berkuat kuasa 1 Disember tahun lalu.
Gardenia KL berkata, peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan mereka meletakkan syarikat itu dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga.
Gardenia KL memaklumkan amat terkesan dengan cabaran ketika pandemik Covid-19 dan berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah selama ini namun peningkatan ketara baru-baru ini menghadirkan cabaran berbeza.
Berikut adalah harga produk Gardenia yang akan dinaikkan mulai 1 September seperti dinyatakan dalam surat berkenaan:
- Gardenia Original Classic RM2.80 (RM3)
- Gardenia Original Classic Jumbo RM4 (RM4.30)
- Gardenia Breakthru Whole Wheat Bread RM4
- Gardenia Breakthru Wholemeal Bread with Canadian Purple Wheat RM4.60
- Gardenia Breakthru Bran & WheatGem RM3.50
- Gardenia Bonjour – Le Classique Sesawhite with Sunflower Seeds RM4.30 (RM5)
- Gardenia Sommerset Cottage – Multi Grain & Seeds RM4.70 (RM5.50)
- Gardenia Double Choc Muffins RM2.20
- Gardenia Twiggies – Cream Dream RM1.80 (RM2)
- Gardenia Twiggies – Choc-a-Lot RM1.80 (RM2)
- Gardenia Twiggies – Tiramisu RM1.80 (RM2)
- Gardenia Twiggies – Peanut Butter Bounce RM1.80 (RM2)
- Gardenia Squiggles – Funky Strawberry RM1.30 (RM1.50)
- Gardenia Squiggles – Choco Malto RM1.30 (RM1.50)
- Gardenia Sandwich Bread Roll RM2.90
- Gardenia QuickBites Cream Roll – Vanilla RM1.00 (RM1.10)
- Gardenia QuickBites Cream Roll – Chocolate RM1.00 (RM1.10)
- Gardenia QuickBites Cream Roll – Jagung RM1.00 (RM1.10)
- Gardenia QuickBites Cream Roll – Butter Sugar RM1.00 (RM1.10)
- Gardenia QuickBites Cream Roll – Caramel Cream Roll RM1.60
- Gardenia QuickBites Cream Roll – Black Forest RM1.60
- Gardenia QuickBites – Butter Toffee RM1.20 (RM1.40)
- Gardenia QuickBites – Red Bean RM1.20 (RM1.40)
- Gardenia Fluffy Buns – Corn Custard RM3.70 (RM4)
- Gardenia Fluffy Buns – Malty Chocolate RM3.70 (RM4)
- Gardenia Fluffy Buns – Adzuki Red Bean RM3.70 (RM4)
- Gardenia Puazz! Sambal Bilis RM1.30 (RM1.50)
- Gardenia Puazz! Sambal Mackerel RM2.20 (RM2.50)
- Gardenia Puazz! Kari Ayam RM2.20 (RM2.50)
- Gardenia Roll-Up Wraps Classic RM5.20
- Gardenia Roll-Up Wraps Wholemeal RM5.20
- Gardenia Roll-Up Wraps Garlic RM5.20
- Gardenia Toast’em – Butter Raisin RM5.00 (RM5.50)
- Gardenia Toast’em – Pandan Cocunat RM5.50
- Gardenia Toast’em – Choco Risin RM5.50
- Gardenia Toast’em – Butterscotch RM5.50
- Gardenia Delicia – Raspberry Milk & Cranberries RM5
- Gardenia Toast’em – Waffles Vanilla RM1.50
- Gardenia Toast’em – Waffles Bluberry RM1.50
- Gardenia Toast’em – Waffles Chocolate RM1.50
- Gardenia Toast’em – Waffles Orange RM1.50
- Gardenia Auntie Rosie Kaya Original RM3.50
- Gardenia Auntie Rosie Kaya Pandan RM3.50
- Gardenia Delicia Milkey Chocolate Spread RM8
- Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread RM10.20
- Gardenia Delicia Salted Caramel Spread RM10.20
- Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread RM13.70
- Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread 375g RM17.10
- Gardenia Delicia Salted Caramel Spread 375g RM17.10
- Gardenia Delicia Chocolate Paste RM2
- Gardenia NuMee RM1.90
- Gardenia NuMee Keluarga 900g RM2.80
- Gardenia NuMee Keluarga 380g RM1.30.