Ganja: Mahkamah tolak sambung reman diplomat, anak masih ditahan

May 28, 2022 · Isu semasa

Bekas diplomat Malaysia hari ini dibebaskan daripada reman, selepas ditahan selama tujuh hari oleh polis untuk siasatan berikutan penemuan lebih 100 pokok ganja di rumahnya di Janda Baik, Pahang.

Peguam Rahmat Hazlan mengesahkan bekas duta itu ditahan pada 21 Mei, dengan Mahkamah Majistret di Raub, Pahang membenarkan permohonan polis supaya lelaki itu direman selama tujuh hari.

Hari ini tamat tempoh reman tujuh hari, dengan Rahmat berkata polis memohon reman kedua daripada Majistret Shahrul Ekhsan Hasim di Mahkamah Majistret di Bentong, Pahang.

“Polis memohon reman kedua selama tujuh hari lagi tetapi tidak dibenarkan oleh majistret selepas dia berpuas hati bahawa tiada bukti untuk mengaitkannya dengan apa-apa kesalahan,” kata Rahmat seperti dilapor Malay Mail.

Susulan polis gagal mendapatkan reman kedua bekas diplomat ini, dia dibebaskan hari ini, kata Rahmat.

Permohonan reman kedua dikendalikan pegawai penyiasat Inspektor An Afifa Baharudin, manakala bekas diplomat itu diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Rahmat sendiri.

Bagi anak bekas diplomat itu yang turut ditahan dalam kes sama, Rahmat mengesahkan Mahkamah Majistret di Raub sebelum ini turut membenarkan tahanan reman tujuh hari dari 24 hingga 30 Mei.

Diminta mengulas lanjut mengenai anak bekas diplomat itu, Rahmat berkata tempoh reman berakhir pada Isnin, dan polis dijangka memohon reman kedua pada hari sama.

Pada 24 Mei lalu, Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis menahan seorang bekas diplomat bergelar ‘Datuk’ selepas disyaki menanam dan memiliki ladang membabitkan 102 batang pokok ganja di Janda Baik, Pahang.

Bekas diplomat yang dikatakan pernah berkhidmat di kedutaan Malaysia di Asia Tenggara dan Timur Tengah, turut memprosesnya menjadi daun kering dan cecair untuk dijual kepada pelanggan tetap serta kenalan.

Ramli berkata kes itu dianggap rampasan pokok ganja terbesar dalam sejarah narkotik negara, dengan rampasan sebelum ini hanya melibatkan pokok ganja yang ditanam dalam pasu.

Kes ini disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KKM, MOSTI diberi kuasa muktamadkan perolehan vaksin, kata Zafrul
July 28, 2021
[KEMAS KINI] Kes sembuh hampir sejuta
August 6, 2021
Kes harian Covid-19 turun sedikit, 7,420 kes baharu direkodkan
October 15, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok