Polis dilaporkan mengarahkan seorang pendakwah terkenal hadir di Bukit Aman bagi diambil keterangan berhubung siasatan berkaitan dakwaan gangguan seksual, lapor Harian Metro.
Laman sesawang itu memetik sumber sebagai berkata pendakwan berusia dalam lingkungan 30-an itu diminta hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, esok.
“Namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan hadir atau tidak.
“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” kata sumber kepada laman berkenaan.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.