Gangguan rangkaian: Pelanggan Maxis minta ganti rugi

June 30, 2022 · Isu semasa

Pelanggan Maxis dilaporkan menghadapi masalah dengan data mudah alih dan panggilan suara sejak awal pagi ini akibat gangguan rangkaian.

Maxis mengakui isu teknikal yang menjejaskan perkhidmatan suara dan data mereka di “kawasan tertentu” di seluruh negara.

Menurut Maxis, pasukan teknikal mereka “berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan” isu itu dan perkhidmatan dijangka disambung semula dalam tempoh empat hingga enam jam.

“Kami dukacita dimaklumkan bahawa kami menghadapi masalah teknikal pada masa ini. Kami menyedari perkara ini dan kerja-kerja pemulihan masih diteruskan.

“Kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Mohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” kata penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu dalam laman Twitter rasminya.

“Pasukan kami sedang berusaha untuk membetulkan isu itu yang secara tentatif akan diselesaikan dalam tempoh empat hingga enam jam jika tiada halangan. Sila berikan kami kesabaran anda mengenai perkara ini,” kata Maxis menjawab salah satu aduan di Twitter.

Maxis juga menasihati pengguna untuk cuba membuka semula peranti mereka atau menghidupkan/mematikan mod kapal terbang dari semasa ke semasa.

“Hai @Maxis, ada masalah rangkaian hari ini? Sejak pagi (saya) tidak dapat menyambung/menggunakan data saya untuk sambungan internet,” tulis pengguna maxis, Kausy di Twitter seperti dilapor NST.

“Maxis yang dihormati, sila selesaikan masalah anda dengan segera dan berikan baucar atau apa-apa sahaja daripada hanya meminta maaf. Jika kami (pelanggan) menangguhkan pembayaran bil anda walaupun untuk satu hari, anda terus memotong talian kami,” tulis seorang pengguna.

“Sesiapa yang menggunakan Maxis? Adakah terdapat masalah rangkaian? Saya tidak boleh membuat panggilan atau menyambung ke data mudah alih,” kata pengguna lain.

“Tolong Maxis, bukan sekarang. Beri kami notis awal (gangguan rangkaian) sekurang-kurangnya,” tulis Lokman di Twitter

“Talian Maxis terputus. Sesiapa yang mencari saya melalui telefon atau WhatsApp, sila ambil perhatian. Bukan saya tidak mahu menjawab panggilan atau teks anda, tetapi talian tidak berfungsi,” kata seorang netizen.

Berita berkaitan
Pengguna terkesan gangguan elektrik boleh dapat rebat: Takiyuddin
July 30, 2022· Isu semasa
Jamal kalah kes saman, diarah bayar Teresa Kok RM300,000
July 26, 2022· Isu semasa
8 cabang perlu jalankan undi semula, keputusan pemilihan PKR ditangguh
May 23, 2022· Politik
Pemilihan PKR: Rafizi hantar bantahan, dakwa sistem pengundian tak diuji
May 16, 2022· Politik
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PM lapor polis akaun Telegram, Signal peribadi digodam
26 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?
30 minit lalu · Isu semasa
Kes baharu semalam kekal bawah 3,000, enam kematian dicatat
39 minit lalu · Isu semasa
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
9 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok