Gangguan bekalan air di Selangor pulih berperingkat bermula 9 malam

May 3, 2022 · Isu semasa

Pengguna di 475 kawasan melibatkan lima wilayah Air Selangor yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual petang tadi, dijangka menerima bekalan air bersih secara berperingkat bermula 9 malam ini dan gangguan dijangka pulih sepenuhnya pada 9 pagi esok.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata ia berikutan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang dihenti tugas pagi tadi ekoran insiden pencemaran bau yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, sudah mula beroperasi pada 3.30 petang tadi, lapor Bernama.

“Proses rawatan air sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan air bersih dan terawat dapat dibekalkan kepada pengguna.

“Bagi kawasan-kawasan terjejas yang menerima bekalan air dari Loji Rawatan Air Bukit Tampoi, pihak Air Selangor akan mengaktifkan sumber bekalan air alternatif dari Loji Rawatan Air Sungai Semenyih bagi kegunaan pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Elina, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Katanya bantuan alternatif melalui lori tangki masih digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal dan Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa dan pengguna boleh merujuk saluran komunikasi rasmi termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan ke Help Centre yang boleh dilayari di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di Twitter, memaklumkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi telah kembali beroperasi pada 3.30 petang tadi setelah bacaan 0 Ton dicatat dan pencemaran berjaya diselesaikan.

“Air dijangka disalurkan berperingkat bermula malam ini. Ini kejadian ketiga pencemaran di tempat sama minggu ini,” menurut hantaran itu.

Berita berkaitan
Program himpunan PN di Tanjung Karang dihalang kerajaan negeri, kata Roslan
June 3, 2023· Politik
DUN Selangor terbubar secara automatik pada 25 Jun ini, kata MB
June 3, 2023· Politik
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
Khutbah Jumaat Selangor: Kalimah Allah hanya untuk penganut Islam, bukan untuk agama lain
May 26, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok