Gangguan bekalan air 4 hari di Lembah Klang akibat pencemaran

October 1, 2021 · Isu semasa

Tujuh wilayah di Lembah Klang akan berdepan gangguan bekalan air selama empat bermula 13 Oktober ini, ia ekoran insiden pencemaran air yang dikesan di loji rawatan air.

Kira-kira 998 kawasan akan terjejas susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan, kawasan itu melibatkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

“Gangguan bekalan air berjadual itu bermula pukul 9 pagi 13 Oktober dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 9 malam 16 Oktober depan.

“Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan boleh didapati di laman pautan hentitugas.airselangor.com,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, pelaksanaan kerja berkenaan sudah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna.

“Pelaksanaannya sebelum ini tertangguh daripada jadual asal iaitu pada 2019 dan tahun lalu.

“Ia berikutan insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar,” katanya.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan pengguna yang terjejas supaya menyimpan bekalan air dan menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan kelak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air itu menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Berita berkaitan
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
September 25, 2023· Isu semasa
Bekas ADUN DAP dilantik Speaker Selangor, tuntutan kepada UMNO ditunai
September 19, 2023· Politik
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Memahami kontroversi skim insurans Selangor, apa yang perlu anda tahu
August 24, 2023· Politik
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
44 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
17 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
17 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok