Gambar Neelofa, suami di Langkawi tak macam bekerja pun, kata IGP

April 4, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata berdasarkan gambar-gambar pasangan artis terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang dimuatnaik dalam media sosial tidak menunjukkan mereka berdua itu sedang menjalankan kerja di Langkawi.

Ketua Polis Negara (IGP) memberitahu siasatan akan dijalankan terhadap mereka berdua dan berdasarkan bukti gambar pasangan tersebut yang sedang santai-santai dilihat jelas ia melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja… jelas ia tidak boleh dilakukan dan telah melanggar SOP.

“Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Abdul Hamid kini sedang berada di pulau peranginan tersebut bagi merasmikan Seksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Neelofa dan isteri sebelum ini mendapat kebenaran dari Polis Daerah Brickfields untuk ke Langkawi atas urusan kerja.

Pasangan tersebut mendirikan rumahtangga pada 27 Mac lalu, malah majlis kenduri kahwin yang diadakan juga sedang disiasat kerana majlis tersebut gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok