Gajah panjat bukit habitat di Tasik Kenyir

October 8, 2022 · Isu semasa

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengesahkan foto sekumpulan gajah sedang berjalan menaiki bukit yang tersebar di media sosial, berlaku di kawasan tepi Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.

Pengarah PERHILITAN Terengganu Loo Kean Seong berkata lokasi terbabit juga adalah laluan dan habitat semula jadi haiwan itu.

Beliau berkata, kumpulan gajah yang dilihat bergerak secara berkumpulan di lokasi berkenaan tinggal di sekitar kawasan hutan berhampiran.

“Kita sedia maklum dengan kehadiran haiwan itu dan sentiasa melakukan pemantauan berkala dari semasa ke semasa bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian mengulas foto dan video menerusi hantaran di Facebook yang menunjukkan sekumpulan gajah sedang bergerak secara berkumpulan di Jalan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu yang didakwa berlaku kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.

Kean Seong bagaimanapun menasihatkan orang ramai tidak menghampiri dan mengganggu haiwan berkenaan sekiranya terserempak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Orang ramai juga dinasihatkan berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan dan tidak merakam foto atau video, selain tidak membunyikan hon bagi mengelak ia bertindak agresif.

“Jangan hon dan jika boleh, segera beredar dari kawasan berkenaan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu· Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022· Isu semasa
Lawan jangka PAS kekal kuasai Kelantan, Terengganu : Laporan
November 18, 2022· Politik
Klip ucapan viral, Muhyiddin kata ucapannya diambil luar konteks
November 18, 2022· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
13 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok