Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan

May 28, 2023 · Isu semasa

Seorang ahli Parlimen blok kerajaan membuat teguran terhadap Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus agar tidak memberi kenyataan ‘gula-gula’ berkait keadaan ekonomi dan kewangan negara.

Hasan Karim yang merupakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) berkata rakyat kini lebih cerdik dengan memiliki maklumat yang terkini berkait ekonomi negara.

“Jangan bagi kenyataan gula-gula iaitu kononnya, ekonomi dan kewangan Malaysia dalam landasan  yang betul dan berkembang. Kononnya, nilai ringgit jatuh sementara dan terkawal.

“Rakyat tidak mahu cakap-cakap seperti ini. Rakyat Malaysia sekarang cerdik dan mempunyai maklumat terkini di tangan mereka,” kata Ahli Parlimen Pasir Gudang itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Shamsiah perlu membantu dengan memberitahu hal sebenar kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

“Jadi BNM terutama gabenornya perlu membantu kerajaan. BNM perlu menasihati PM dan menteri kewangan. Kebetulan orang yang sama. Gabenor BNM kena perjelas kepada PM satu hal spesifik. Misalnya isu kenaikan kadar dasar semalaman (OPR).

“BNM kata kenaikan kadar OPR akan mengukuhkan nilai ringgit. Dah banyak kali OPR dinaikkan oleh BNM tetapi kenapa nilai Ringgit Malaysia semakin jatuh. Contohnya pada hari Jumaat 26 Mei 2023 nilai satu dolar Amerika Syarikat (AS) bersamaan RM4.63.

“Jadi gabenor perlu berterus terang kepada PM apa sebenarnya punca kejatuhan Ringgit Malaysia sekarang? Tidak bolehlah BNM menepis dan cuci tangan menyatakan ringgit jatuh bukan salah mereka tetapi banyak faktor luar di luar kawalan mereka,” katanya.

Hari ini, Shamsiah menulis surat surat kepada pengarang bertajuk ‘Dasar Monetari adalah Langkah Berjaga-Jaga, Bukan Terburu-buru’ yang antara lain berkata gambaran yang diperoleh dalam beberapa mesyuarat berkaitan baru-baru ini adalah ekonomi terus menunjukkan kekuatan dan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi Suku Pertama 2023 lebih kukuh daripada tempoh sebelum pandemik manakala pengambilan pekerjaan juga meningkat.

Berita berkaitan
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
20 jam lalu· Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, sudah cecah RM4.70
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
29 minit lalu · Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
45 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
13 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
13 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok