Fungsi MPN demi rakyat, negara, bukan kepentingan diri: Muhyiddin

October 30, 2022 · Isu semasa

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi bagi memastikan Malaysia mampu mengharungi keadaan kritikal akibat kegawatan ekonomi global akibat pandemik Covid-19, tegas Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak berhubung tujuan penubuhan MPN.

Menurutnya MPN ditubuhkan dan dipengerusikan oleh beliau sendiri ketika menjadi Perdana Menteri lagi dan bukannya selepas beliau tidak lagi menerajui negara.

“Kalau masih ingat pada masa itu, negara berhadapan pandemik Covid-19 yang memberi kesan besar kepada ekonomi negara sehingga ke satu peringkat di mana kita terpaksa mengeluarkan sejumlah peruntukan besar untuk menyokong sektor perniagaan dan sebagainya.

“Semasa masih menjadi Perdana Menteri, saya melihat kita harus turut menguruskan soal ekonomi dan bukan hanya fokus kepada Covid-19 semata-mata.

“Kalau tidak diuruskan sebegitu, ekonomi kita akan turus merudum dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang yang tiada pekerjaan, kilang tutup dan cerita Makcik Kiah tidak boleh berniaga.

“Jadi saya ambil inisiatif untuk memimpin MPN untuk memacu negara mengharungi perjalanan keluar dari pandemik Covid-19. Kita ada melalui beberapa fasa. Dari pertama sampai keempat baru kita keluar dari pandemik,” katanya dalam temu bual eksklusif UtusanTV.

Mengulas lanjut, penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu berkata, keadaan negara ketika berhadapan pandemik Covid-19 selepas MPN ditubuhkan mula menunjukkan kemajuan lebih-lebih apabila vaksin mula sampai dan banyak kegiatan mula dibenarkan.

Begitupun, jelas beliau, kesan daripada penutupan ekonomi dan pandemik Covid-19 amat luar biasa sehingga menjejaskan pemulihan negara.

Melihat kepada situasi tersebut, Muhyiddin berkata, MPN menjemput banyak pihak termasuk pakar-pakar tempatan, menteri-menteri terpilih, pegawai-pegawai kerajaan yang senior untuk duduk bersama bagi membincangkan langkah mempercepat proses pemulihan ekonomi negara.

“Jadi sedikit sebanyak usaha untuk memulihkan negara telah bermula sewaktu itu, tetapi belum selesai. Bila mana saya tidak lagi memimpin negara sebagai Perdana Menteri, saya fikir MPN tidak boleh diabaikan.

“Walaupun saya tidak menerajui negara, saya minta satu daripada peranan yang boleh dimainkan adalah sebagai meneruskan tugas sebagai Pengerusi MPN supaya dapat teruskan inisaitif memulihkan negara,” katanya.

Mengimbas kembali keadaan ketika pandemik Covid-19, Muhyiddin berkata, beliau dimaklumkan oleh Gabenor Bank Negara situasi kritikal negara dalam tempoh tersebut.

“Gabenor Bank Negara memberitahu saya dalam tempoh kemuncak ketika itu, dalam tempoh sebulan saja lagi, jika saya tidak membuka sedikit kegiatan ekonomi, seluruh sistem ekonomi negara akan runtuh.

“Sebab itu dalam mesyuarat-mesyuarat yang saya pimpin, ia melibatkan dua pihak. Satu yang menjaga ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan satu lagi yang menjadi kesihatan (Khairy Jamaluddin),” ujar beliau.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut memberi peringatan tentang ramalan pakar ekonomi global yang mana keadaan ekonomi dunia pada 2023 akan menjadi lebih buruk berbanding tahun ini.

Ujar Muhyiddin, antara kerisauan yang dizahirkan adalah inflasi yang akan meningkat naik dan menjadi lebih kritikal.

“MPN hanya menasihat, saya tidak ada kuasa eksekutif, keputusan MPN dibawa ke Kabinet untuk dipertimbangkan.

“Saya diberitahu kita sudah hantar hampir 90 perakuan, tetapi tidak sampai 20 peratus dilaksanakan.

“Kabinet dah bersetuju tetapi tidak melakukan follow up. Mungkin ada kementerian tidak dapat melaksanakan atas sebab-sebab tertentu seperti peruntukan tidak cukup dan dasar perlu dipinda, jadi kalau tidak buat begitu, tidak ada anjakan untuk melaksana,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
PN setuju pertimbang cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan
November 24, 2022· Politik
Bukti akuan bersumpah boleh jadi asas untuk Agong lantik seorang PM, kata pakar
November 23, 2022· Politik
Agong titah 30 MP BN datang menghadap, yang datang cuma 3
November 23, 2022· Politik
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
1 jam lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
13 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
24 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok