Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran

January 27, 2023 · Isu semasa

Langkah terbaharu yang sedang dipertimbangkan kerajaan untuk menangani kenaikan kos peniaga dan pengusaha restoran adalah dengan memperluaskan model pekerja sambilan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang berdepan kritikan kerana kenyataan harga bahan mentah turun tetapi harga makanan tidak turun berkata pihaknya sedang memperhalusi beberapa langkah bagi membantu peniaga dan pengusaha restoran menangani kenaikan kos yang mereka perlu tanggung selama ini.

“Usaha mengekang inflasi memerlukan semua pihak menggembleng usaha bersama.

“Ada beberapa langkah yang sedang diperhalusi pelaksanaannya untuk membantu peniaga dan pengusaha restoran menangani kenaikan yang mereka tanggung, termasuklah potensi menyebar luas model tenaga kerja sambilan dalam sektor restoran dan kedai makan (F&B).

“Ia adalah sebahagian dari usaha untuk menyelaraskan pasaran kerja dengan tuntutan sektor ekonomi, yang menjadi sebahagian dari usaha menyeluruh menstruktur kembali ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Rafizi berkata, beliau akan bertemu dengan pihak berkaitan dalam masa terdekat mengenai usaha yang boleh diambil bersama.

Tegasnya, pendekatan seperti perbincangan secara dua hala dengan pihak berkepentingan amat penting dalam usaha menangani isu berbangkit.

“Dalam masa terdekat ini, saya akan bertemu dengan wakil-wakil pengusaha restoran dan peniaga makanan untuk membincangkan secara dua hala langkah-langkah yang boleh diambil bersama oleh kerajaan dan pengusaha restoran dan peniaga makanan,” katanya.

Sementara itu, beliau menyambut baik pandangan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan mengenai peranan yang perlu dimainkan kerajaan, peniaga dan pengguna dalam menangani kenaikan harga makanan serta minuman.

Memetik perangkaan inflasi yang diumumkan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) baru-baru ini, beliau berkata walaupun inflasi bagi Disember tahun lalu mereda kepada 3.8 peratus berbanding 4.0 peratus dalam bulan sebelumnya, kategori harga di restoran serta hotel menjadi satu-satunya kategori masih belum mereda.

DOSM merekodkan kenaikan 7.4 peratus pada Disember 2022 berbanding 7.0 peratus pada bulan sebelumnya.

“Pandangan Jawahar adalah selari dengan pandangan kerajaan supaya pengguna peka kepada kenaikan harga makanan dan minuman yang dibeli dan bijak memilih kedai dan restoran yang menawarkan harga yang lebih baik berbanding pesaing-pesaing,” katanya.

Berita berkaitan
Harga bahan makanan meningkat pada Februari, 203 barang harga naik: Perangkaan
March 24, 2023· Isu semasa
Harga petrol tidak turun, kekal paras lama
March 22, 2023· Isu semasa
Tak ada dibuat kerajaan di dunia kawal harga makanan siap masak: Rafizi
March 21, 2023· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan tekanan berterusan
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pertuduhan terhadap Ke Ting cacat, tak ikut undang-undang: Pembela
29 minit lalu · Isu semasa
Najib habis saluran undang-undang untuk rayuan, kata pendakwa raya
40 minit lalu · Isu semasa
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
4 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
6 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok