FOMCA gesa PLUS tangani isu RFID, elak hilang keyakinan orang ramai

January 18, 2022 · Isu semasa

Bagi mengelakkan orang ramai hilang keyakinan terhadap penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) digesa menangani isu tersebut dengan segera.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman menyifatkan kegagalan sistem itu berfungsi dengan efisien sehingga menyebabkan kesesakan di lebuh raya menunjukkan PLUS belum bersedia sepenuhnya.

Beliau berkata, PLUS sepatutnya menyediakan lorong percubaan RFID dengan jumlah petugas mencukupi terlebih dahulu supaya sebarang isu pengguna dapat diatasi tanpa menimbulkan kekecohan seperti yang berlaku kini.

“PLUS sepatutnya sudah bersiap-sedia dan buat jangkaa\an isu sebegini akan timbul. Ada pelekat RFID pengguna yang tidak dapat dikesan di tiga plaza tol hingga mereka terpaksa mengundurkan kenderaan dan akhirnya menyebabkan kesesakan.

“PLUS beri jaminan penggunaan RFID akan percepatkan proses pembayaran di plaza tol tetapi apabila sebaliknya berlaku, mereka nampaknya gagal mencapai matlamat dikehendaki.

“Masyarakat menyokong usaha kerajaan memperkenalkan penggunaan RFID tetapi dengan masalah yang timbul dibimbangi akhirnya pengguna hilang keyakinan dengan penggunaannya,” katanya kepada dipetik laporan BH.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu rungutan pengguna terhadap penggunaan RFID yang dipasang di Lebuhraya Utara Selatan membabitkan laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor yang beroperasi sepenuhnya mulai jam 10 malam, 15 Januari lalu.

Antara isu paling banyak dikongsi pengguna melalui media sosial termasuk pelekat RFID yang ditampal di kenderaan tidak dapat dikesan sistem RFID meskipun pemasangannya dibuat seperti ditetapkan pihak PLUS.

Ada pengguna berkongsi yang mereka terpaksa membeli pelekat RFID berharga RM35 beberapa kali disebabkan kegagalan sistem mengesannya.

Selain itu, pengguna turut mempersoalkan mengenai penggunaan pelekat RFID yang disifatkan tidak ekonomi kerana hanya boleh digunakan bagi satu kenderaan berdaftar berbanding Touch ‘n Go (TNG) dan unit pembaca tol SmartTAG yang boleh digunakan bagi beberapa kenderaan.

 

Berita berkaitan
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Soalan tumpuan di Dewan Rakyat minggu kelima
November 6, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
PRN: Aliran trafik lebuh raya utama masih lancar
August 12, 2023· Politik
Popular
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok