Fokus pulih ekonomi sebelum PRU-15: GPS

March 20, 2022 · Isu semasa

Lupakan hal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan fokus dahulu kepada usaha memulihkan keadaan ekonomi negara, kata Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah berkata beliau berpendapat mana-mana pihak dan parti politik perlu mengutamakan kepentingan negara dan rakyat melebihi kepentingan peribadi, menurut laporan Bernama.

“Fokus kita sekarang adalah memulihkan ekonomi dan kewangan negara… sehingga kita mengukuhkan keadaan negara, rakyat berada dalam keadaan lebih baik, krisis kesihatan (pandemik Covid-19) ini dapat dijaga, baru kita lihat kepada PRU,” katanya.

Beliau terdahulu meninjau projek pembinaan Jambatan Titi Kerawang di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Fadillah berkata demikian ketika ditanya mengenai desakan UMNO supaya PRU-15 diadakan tahun ini.

Terdahulu, sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, perwakilan dan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berulang kali menggesa agar PRU-15 disegerakan, ia susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bagaimanapun, Zahid berkata ia terpulang kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan masa yang sesuai PRU-15 diadakan tetapi ia tidak boleh mengambil masa terlalu lama untuk membubarkan Parlimen selepas sokongan rakyat kepada BN semakin kuat.

Beliau berkata langkah dan strategi yang perlu dilaksanakan pada masa ini adalah mengukuhkan kewangan supaya keadaan ekonomi negara menjadi lebih baik.

Namun, Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya berkata hal membabitkan PRU berkenaan adalah budi bicara dan bidang kuasa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok