First come first serve: Vaksinasi ‘walk in’ di Lembah Klang mula 2 Ogos

July 31, 2021 · Isu semasa

Menggunakan pendekatan ‘first come first serve’, program pemberian vaksin secara ‘walk in’ di Lembah Klang akan dimulakan 2 Ogos, tetapi keutamaan diberikan terlebih dahulu kepada individu berusia 40 tahun ke atas dan yang menghidap penyakit.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin hanya pada 5 Ogos program itu dibuka kepada semua termasuk individu yang berusia 18 tahun ke atas.

“Kita akan buka mengikut kategori dahulu, justeru, pada 2 Ogos, kita akan menerima ‘walk in’ untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan golongan komorbidi.

“Pada 5 Ogos, kita akan buka kepada semua, 18 tahun ke atas. Kaedah pelaksanaan ‘walk in’ akan kita akan umumkan menerusi siaran media daripada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam tempoh terdekat.

“Untuk kita elak daripada masalah berita palsu, bukan semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terima ‘walk in’, kita akan maklumkan senarai PPV mana yang terima dalam tempoh beberapa jam nanti.

“Yang tular baru-baru ini, mengenai senarai PPV dengan jenis vaksin tertentu, itu tidak betul. CITF akan tentukan dan keluarkan senarai PPV, hari ini,” katanya pada sidang media selepas meninjau operasi PPV di Palace Golden Horses, dekat Serdang, hari ini.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang bagi memastikan setiap individu dewasa di kawasan yang disifatkan sebagai ‘segi tiga emas’ itu mendapat sekurang-kurangnya satu suntikan dos vaksin, menjelang 1 Ogos.

Berdasarkan perangkaan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) setakat semalam, sebanyak 90.3 peratus daripada individu dewasa di Lembah Klang sudah mendapat suntikan dos pertama pelalian.

Khairy berkata kaedah pelaksanaan pemberian vaksin secara terus akan menggunakan pendekatan ‘first come, first serve’ atau mendahulukan siapa yang cepat.

Bergantung kepada kapasiti PPV, beliau berkata, mana-mana individu yang gagal mendapatkan suntikan vaksin pada hari berkenaan akan diberikan keutamaan pada keesokan harinya.

“Inokulasi secara ‘walk in’ ini untuk mereka yang belum dapat janji temu, belum daftar atau batalkan janji temu, tetapi kita yakin bahawa sebanyak 99 peratus daripada individu dewasa di Lembah Klang yang mendaftar akan dapat janji temu, hari ini.

“Cuma saki baki sekarang ialah mereka yang belum dapat, batal janji temu, gagal pergi janji temu, termasuk individu tanpa dokumen,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menaruh keyakinan bahawa 40 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia akan menerima suntikan imunisasi lengkap, menjelang 31 Ogos ini.

Mengenai ketibaan vaksin, beliau berkata perolehan bekalan sulung pelalian jenis satu dos, iaitu CanSino dijadual sampai pada minggu pertama Ogos.

“Selain itu, kita akan terima sumbangan vaksin AstraZeneca dari United Kingdom (UK), justeru, kerajaan sedang berbincang dengan Pejabat Pesuruhjaya UK di Kuala Lumpur, mengenai penghantaran 400,000 dos AstraZeneca,” katanya.

Berita berkaitan
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
3 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok