Firma penyelidikan berbeza pendapat berhubung kenaikan OPR akhir tahun ini

September 9, 2022 · Isu semasa

CGS-CIMB Research mengekalkan pandangannya mengenai kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) tahun ini pada November, sekali gus menyaksikan kadar faedah kekal pada 2.50 peratus.

Bagaimanapun, bagi 2023, firma pembrokeran itu mengunjurkan dua kenaikan 25 mata asas yang menjadikan OPR pada 3.00 peratus, menurut laporan Bernama.

Pada masa sama, ia juga tidak menjangkakan keadaan global yang lebih baik pada masa akan datang berikutan faktor termasuk Amerika Syarikat (AS) yang berkemungkinan mencatat ekonomi lebih perlahan susulan pelaksanaan beberapa siri kenaikan kadar faedah.

Selain itu, krisis tenaga di Eropah dijangka menyebabkan Kesatuan Eropah (EU) mengalami kemelesetan manakala ketidaktentuan pasaran hartanah China pula hanya memaparkan sebahagian kecil daripada masalah sebenar.

“Ini menjadikan dorongan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia akan bergantung sepenuhnya ke atas ekonomi domestik dengan pemangkin utama kekal terhad kepada pemulihan sektor pelancongan dan faktor yang boleh menaikkan permintaan,” kata CGS-CIMB Research dalam nota tinjauannya hari ini.

Pada Khamis, BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus yang merupakan kenaikan ketiga berturut-turut bagi tahun ini.

Bagi pengeksport, CGS-CIMB Research menyifatkan impak kelemahan ringgit adalah terhad berikutan kadar pertukaran efektif nominal — indeks wajaran perdagangan tukaan asing, memaparkan peningkatan kecil setakat tahun ini.

Peningkatan ketara dolar AS telah menyebabkan ringgit susut sejak minggu lepas walaupun pasaran sememangnya telah menjangkakan kenaikan OPR.

Firma pembrokeran itu berpendapat bahawa perbandingan dolar AS/ringgit kekal dalam keadaan tidak menentu yang menyebabkannya menyemak semula unjuran pada akhir 2022 kepada 4.60 daripada 4.25, didorong terutamanya oleh faktor seperti jangkaan lebihan dagangan yang lemah susulan penurunan harga komoditi selain impak daripada perkembangan di China.

Sementara itu, Kenanga Research yang juga cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank, pula berpendapat bahawa BNM akan kekal dengan pendirian menaikkan kadar faedah yang seiring dengan aliran kadar global bagi menangani inflasi.

Berikutan itu, ia menjangkakan BNM akan menaikkan 25 mata asas lagi pada mesyuarat seterusnya MPC yang menjadikan OPR pada 2.75 peratus.

Menurutnya, kenaikan inflasi dan pemulihan yang berkekalan dalam permintan domestik akan terus mempengaruhi serta mendorong sebarang keputusan dasar BNM.

“Kami kekal dengan unjuran bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar untuk suku ketiga 2022 pada 8.8 peratus, susut sedikit daripada 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini.

“Ini juga diunjur menyederhana secara ketara kepada 0.5 peratus dalam suku keempat, didorong oleh permintaan global yang lemah akibat sekatan pergerakan berterusan di China akibat COVID-19 dan kemungkinan berlakunya kemelesetan di zon euro dan AS,” katanya.

Atas alasan itu, Kenanga berkata BNM mungkin mengehadkan tindakan memperketat dasar monetari dan memberi andaian 50:50 terhadap kemungkinan kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas lagi pada Januari tahun depan.

Berita berkaitan
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu· Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
12 jam lalu· Isu semasa
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023· Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
13 jam lalu · Isu semasa
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok