Firma pasaran ramal OPR naik lagi kepada 3.00 peratus

January 18, 2023 · Isu semasa

Standard Chartered Malaysia menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.00 peratus daripada 2.75 peratus.

Kenaikan OPR itu dilihat tidak mustahil memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan tidak mencampuri urusan dibawah bidang kuasa BNM dan menegaskan ia adalah keputusan mutlak bank pusat tersebut.

Firma penyelidikan itu berkata pertumbuhan kukuh, kadar inflasi yang tinggi dan meluas akan mendorong dasar monetari selanjutnya yang lebih ketat.

“Kami akan memantau penilaian pendirian dasar monetari BNM, yang mungkin dapat memberi bayangan bilakah bank pusat akan menamatkan kitaran langkah mengetatkan dasar ini,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Standard Chartered berkata pertumbuhan kekal kukuh di Malaysia, dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 dijangka mencecah 8.8 peratus.

“Inflasi tinggi dan meluas, mencerminkan inflasi permintaan yang kukuh sejajar dengan kenaikan gaji pembuatan dan perkhidmatan, meskipun gaji perkhidmatan masih berada d bawah pertumbuhan trend jangka sederhana,” katanya.

Bagaimanapun, ia  berkata risiko inflasi kekal tinggi susulan tekanan inflasi meluas, kenaikan kos perkhidmatan dan harga import yang masih tinggi.

“Berikutan kemungkinan kenaikan pada Januari, kami menjangkakan kenaikan akan terhenti seketika pada Mac, sebelum kenaikan 25 mata asas lagi pada Mei, dengan andaian  kerajaan akan mengumumkan beberapa bentuk pelarasan subsidi bagi separuh kedua 2023.

“Sekiranya subsidi dihapuskan bagi hanya 20 peratus daripada pengguna RON95, kami mengunjurkan inflasi keseluruhan akan meningkat hanya 0.9 peratus setiap tahun,” katanya.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Kejatuhan nilai ringgit, Mat Maslan kata didorong faktor luaran
October 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka pada RM4.72 berbanding dolar, menyusut lagi
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok