Firma Malaysia mula rasai tekanan kejatuhan ringgit, dolar AS kukuh

October 29, 2022 · Isu semasa

Sebilangan syarikat Malaysia dilaporkan mula merasai tekanan daripada dolar Amerika Syarikat (AS) yang sangat kukuh, setelah mereka terdedah kepada bayaran balik pinjaman serta import menggunakan mata wang itu.

Kesan itu adalah pukulan berganda buat syarikat berkenaan yang cuba bangkit semula setelah pandemik Covid-19.

Syarikat-syarikat ini mencatatkan keputusan terburuk mereka sejak wabak itu, apabila mata wang tempatan merosot ke paras yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Pada Jumaat, 21 Oktober 2022, nilai ringgit menjunam ke paras terendah dalam sejarah negara iaitu jatuh 110 mata asas kepada 4.7380 berbanding satu dolar AS.

Paras terendah nilai ringgit pernah dicatatkan ialah 4.7250 pada 7 Januari 1998, ketika krisis kewangan Asia, sebelum kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu mengikat mata wang itu kepada 3.80 berbanding dolar AS.

Semalam (28 Oktober), ringgit ditutup pada 4.7225 berbanding dolar AS, rendah ketika urus niaga dibuka pada 4.7220.

Penurunan nilai ringgit itu dikatakan berlaku menjelang keputusan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang dijangka menaikkan lagi kadar faedah bagi menangani inflasi, minggu depan.

Ringgit juga dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan apabila peniaga melihat ke arah keputusan Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah pada 2 November ini.

Yang pasti, sektor korporat secara amnya mengekalkan peminjaman rendah dalam dolar AS, pengajaran yang diperoleh ketika krisis kewangan Asia 1997/1998.

Inflasi yang meruncing di negara-negara dari Sri Lanka dan Turki menambahkan risiko kepada permintaan, dan membawa perlumbaan bagi syarikat untuk menaikkan harga untuk mengejar kenaikan kos.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
October 27, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
13 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok