Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew

September 30, 2022 · Isu semasa

Saksi ketiga kes gangguan seksual terhadap Ebit Lew melihat tangkap layar mesej lucah yang dihantar kepada seorang wanita yang menjadi mangsa dalam kes melibatkan pendakwah bebas tersebut.

Firdaus Wong Wai Hung, 39, memberitahu Mahkamah Majistret Tenom bahawa saksi pertama iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi atau nama sebenarnya, Mohd. Fairuz Abu, 37, berkongsi mesej lucah tersebut menerusi aplikasi Whatsapp.

“Wanita ini telah mengadu kepada sahabat saya (Akhi Fairuz) bahawa dia telah menerima gambar-gambar lucah.

“Kemudian beliau (Akhi Fairuz) telah berkongsi dengan saya gambar dan tangkap layar mesej lucah daripada Ebit Lew yang diterima wanita tersebut. Saya telah menerima gambar kemaluan lelaki,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Menurut Firdaus, beliau telah memuat turun gambar dan tangkap layar yang diterima daripada Akhi Fairuz dan secara automatik ia tersimpan dalam telefon bimbitnya.

Firdaus berkata, setahu beliau, wanita dalam kes ini membuat aduan kepada Akhi Fairuz selepas melihat satu hantaran Akhi Fairuz dan wanita ini telah berhubung dengan dengan Akhi Fairuz melalui aplikasi Whatsapp.

Untuk rekod, Akhi Fairuz menawarkan khidmat berkaitan kesediaan, kesanggupan dan penawaran oleh Akhi Fairuz untuk membantu mangsa-mangsa gangguan seksual dalam hantaran Facebook.

Firdaus merupakan pengasas merangkap Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) yang memainkan peranan dalam mengendalikan kes berkaitan gangguan seksual dan Akhi Fairuz merupakan sahabatnya yang bersama-sama dalam pertubuhan tersebut.

Dalam keterangannya lagi, Firdaus memberitahu mahkamah kebanyakkan mangsa takut dan tidak tahu untuk menuntut keadilan dalam kes melibatkan individu berpengaruh dalam masyarakat dan MRM bertanggungjawab dalam memberikan kaunseling serta nasihat kepada mangsa.

“Selain itu, kami menerusi sayap wanita MRM juga sedang mengendalikan kes yang melibatkan individu-individu berpengaruh dalam masyarakat. Majoriti mangsa yang mengadu kepada kami tidak tahu dan takut untuk mendapatkan keadilan.

“Maka, hantaran (Facebook) itu memang tidak merujuk kepada Ebit sahaja. Kami menerusi sayap wanita MRM masih menerima kes-kes lain yang berprofil tinggi seperti kes amang seksual selebriti baru-baru ini,” katanya lagi.

Perbicaraan berlangsung dihadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Mengulas lanjut katanya, selain menanggung kos penerbangan pengadu bersama suaminya untuk ke Kuala Lumpur, MRM menerusi sayap wanitanya turut memberi khidmat kaunseling dan rawatan Islam kepada pengadu bagi memberi semangat dan membantu pengadu keluar daripada trauma yang dialami.

Setakat ini, tiga saksi pendakwaan telah dipanggil termasuk Firdaus, penceramah motivasi, Mohd. Fairuz serta pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Asisten Superitendan, Salwani Mohd Hadzir, 40.

Mahkamah menetapkan 20 hingga 22 Disember sebagai tarikh sambungan perbicaraan kes berkenaan.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah ini antara Mac hingga Jun 2021.

Beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia manakala Ebit diwakili Ram Sing, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok