Filipina terima sijil vaksinasi digital MySejahtera: Wisma Putra

February 15, 2022 · Isu semasa

Pengembara dari Malaysia kini dibenarkan memasuki Filipina dengan mengemukakan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam MySejahtera, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan ini berikutan kata sepakat yang dicapai antara kerajaan Malaysia dan Filipina pada Isnin untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi Covid-19 secara timbal balas, lapor Bernama.

Selain itu pengembara dari Filipina turut dibenarkan memasuki Malaysia dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam VaxcertPH.

“Kemasukan pengembara juga tertakluk kepada prosedur kuarantin semasa yang ditetapkan pihak berkuasa kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.

Persetujuan tersebut juga membolehkan Kedutaan Malaysia di Manila membantu tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino pada Ahad lepas untuk memasuki Filipina atas tujuan rasmi dan perniagaan.

Semalam, media melaporkan kesemua tujuh rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang berkenaan setelah dimaklumkan pihak berkuasa Filipina bahawa sijil vaksin digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera bukanlah bukti vaksinasi yang boleh diterima.

Bagaimanapun, kesemua mereka dibenarkan memasuki republik itu semalam hasil tindakan pantas Kedutaan Malaysia di Manila. Berita berkaitan

Menurut Wisma Putra pada dasarnya, kerajaan Malaysia mengiktiraf pengembara yang telah lengkap menerima vaksin yang diluluskan di bawah Senarai Kegunaan Kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau yang diluluskan pihak berkuasa negara-negara tertentu.

Bagaimanapun, pengiktirafan sijil digital vaksinasi MySejahtera adalah tertakluk kepada keputusan kerajaan-kerajaan negara lain.

“Malaysia dan Filipina juga sepakat untuk meneruskan kerjasama ke arah verifikasi ketulenan sijil vaksinasi Covid-19 kedua-dua negara secara dalam talian dengan sistem yang lebih selamat dan terjamin bagi memudahkan laluan kemasukan pengembara yang telah lengkap divaksinasi,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Filipina digegar gempa bumi magnitud 6
March 7, 2023· Dunia
Boleh guna aplikasi MySejahtera mulai 6 Sept untuk daftar derma organ
September 4, 2022· Isu semasa
KKM mansuh keperluan isi kad pengembara untuk masuk Malaysia
July 30, 2022· Isu semasa
Universiti di Filipina digegarkan insiden tembakan
July 24, 2022· Dunia
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
RM60.71b tambahan bajet terbesar dalam sejarah, kata Mat Maslan
March 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
2 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
2 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
2 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok