Fenomena Squid Game tampil pengajaran tersirat kepada orang ramai

Menggambarkan sistem masyarakat yang korup, Squid Game sudah pun memecahkan rekod drama Korea di platform penstriman tersebut dan berjaya mengalahkan rekod drama genre thriller, Sweet Home yang mencipta fenomena akhir tahun lalu.

Ia merupakan  drama survival Korea yang diarahkan oleh Hwang Dong-Hyuk dan mempunyai jalan cerita yang menarik mengenai orang-orang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melalui pelbagai cabaran dan dugaan demi kelangsungan hidup.

Mereka yang kurang bernasib baik ini kemudian dijemput oleh satu organisasi yang mengendalikan “Squid Game” dan mereka mereka perlu bermain permainan misteri antara satu sama lain untuk merebut wang tunai lumayan yang bernilai ₩45.6 (RM161 Juta) bagi pemenang permainan tersebut.

Sekumpulan pemain yang sertai permainan ini bukannya dipaksa tapi ia berdasarkan atas kehendak mereka sendiri yang tidak tahu bahawa mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka ketika bermain permainan ini.

Konsep cerita ini apabila anda lihat secara teliti konsepnya seakan-akan sama dengan filem yang pernah ditonton sebelum ini seperti filem The Hunger Games pada tahun 2012 atau filem Sci-fi/Seram dari Jepun As Gods Will pada tahun 2014.

Series ini bukan sahaja fokus kepada permainan misteri itu tapi juga menyampaikan mesej bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja apabila suatu keadaan memaksa mereka untuk bertindak sedemikian. Dan menekankan wang atau harta benda tidak menjaminkan kebahagiaan.

Sembilan episod siri Netflix Squid Game ini menampikan beberapa pengajaran jangan mudah letak kepercayaan pada orang. Dalam babak permainan guli, Sang Woo telah bermain cara licik dengan Ali. Karakter Ali ini yang terlalu memuja Sang Woo akhirnya ditipu dan tewas.

Penonton juga dapat melihat kisah manusia sanggup buat apa sahaja demi wang.
Sang Woo adalah salah seorang karakter yang mana dia sangat bijak dan terkenal di daerah asalnya. Namun kerana berhutang dalam jumlah yang banyak dia terpaksa berjuang dalam pertandingan ini bagi melunaskan hutang tersebut. Apatah lagi bila melihatkan jumlah hadiah wang tunai. Malah dalam drama ini Sang Woo dilihat sangat pentingkan diri dan hampir menggadai nyawa sahabat dari zaman kanak-kanak lagi.

Di sebalik sifat tamak dan kejam peserta, masih ada yang prihatin terhadap orang lain. Watak utama dalam siri Netflix Squid Game ini iaitu Seong Gi-Hun yang cukup mengambil berat akan seorang pak cik berusia dalam permainan ini. Perkara ini membuktikan masih ada orang yang tidak pentingkan diri dan berhati nurani.

Penonton juga diajak supaya jangan menilai seseorang dari fizikal. Siapa sangka pak cik tua bernama Oh Il-Nam yang turut menyertai pertandingan ini dengan nombor 001 adalah pengasas permainan tersebut. Melihatkan fizikalnya sahaja menampakkan dia bukanlah orang yang sihat. Namun siapa tahu akhirnya terdedah dialah mastermind semuanya.

Akhir sekali, kita diajak memahami pengorbanan. Dalam babak permainan guli, setiap peserta perlu berpasangan tanpa mengetahui apakah acara seterusnya. Maka ramai yang memilih pasangan dari peserta kegemaran mereka. Ada pasangan suami isteri, sahabat baik dan sebagainya. Malangnya, acara ini hanya membolehkan salah seorang dari pasangan sahaja mara ke pertandingan seterusnya. Inilah pengorbanan yang perlu dibayar oleh peserta.

BERITA BERKAIT
POPULAR