Fenomena air pasang besar: Paras air laut dijangka cecah 5.5m esok

September 11, 2022 · Isu semasa

Paras air laut di kawasan sepanjang pesisir pantai dari Klang ke Kuala Selangor esok (Isnin, 12 September 2022) dijangka mencecah sehingga 5.5 meter.

Paras air laut tertinggi itu, antaranya dijangka di Stesen Pelabuhan Klang sekitar jam 7.18 pagi susulan fenomena air pasang besar, menurut Awani.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, setakat hari ini kawasan sekitar Klang dan Kuala Selangor masih terkawal.

“Paras air laut hari ini di beberapa lokasi di Klang adalah 5.4 meter, yang lain sekitar tiga meter sahaja. Paling tinggi (5.4 meter) hanya di Kuala Selangor dan Klang sebab ia berdekatan.

“Semua dalam keadaan terkawal kerana tidak berlaku hujan. Kalau berlaku hujan kemungkinan besar akan ada pemindahan mangsa banjir sebab aliran air hujan tak dapat keluar ke laut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hafisham berkata sebanyak 10 Balai Bomba dan Penyelamat di daerah Klang dan Selangor telah digerakkan untuk menjalankan pemantauan sepanjang fenomena air pasang besar.

Menurutnya ia melibatkan kira-kira 100 anggota, yang bersiap siaga bagi pemindahan mangsa jika berlaku bencana banjir.

“Penduduk sebenarnya mereka pun telah dimaklumkan lebih awal juga, dan kita telah sarankan untuk berpindah sekiranya berlaku hujan lebat ketika air pasang besar.

“Diingatkan juga, hanya peralatan yang penting sahaja dibawa jika berlaku banjir nanti,” tambah beliau.

Sementara itu Ketua Balai Bomba Kuala Selangor, Ismail Zakariya ketika dihubungi berkata, jangkaan kemuncak air pasang besar hari ini adalah pada pukul 6.54 petang dengan anggaran pada paras 5.1 meter.

Semalam, Kerajaan Selangor meminta semua penduduk yang tinggal di sekitar daerah Klang, Kuala Selangor dan kawasan berhampiran supaya sentiasa peka terhadap risiko banjir berikutan amaran fenomena air pasang besar yang bermula hari ini sehingga Rabu.

Fenomena tersebut juga dijangka berlaku antara 27 dan 29 September ini apabila paras air laut pasang berpotensi meningkat sehingga 5.4 meter.

Berita berkaitan
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Banjir dan pilihan raya bukan gandingan serasi, kata pakar
September 30, 2022· Politik
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
September 29, 2022· Politik
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
September 29, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Sembilan daripada 10 remaja perempuan ketagih seks: Kajian
September 27, 2021
Sokong tubuh RCI siasat kerajaan bayar RM6 bilion tapi LCS tak siap
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
13 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
19 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
21 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok