Felda di Bentong dilaksana PKPD selama 14 hari

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengumumkan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang selama 14 hari, mulai esok.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata PKPD di lokaliti terletak dalam Mukim Sabai itu dilaksanakan selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Selepas meneliti pembentangan KKM mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, maka PKPD dilaksanakan di lokaliti itu.

“PKPD akan dilaksanakan bermula 28 Januari sehingga 10 Februari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi lokasi PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

BERITA BERKAIT
POPULAR